SajiSelera

Pemakanan Seimbang Penting Untuk Kanak-Kanak

pemakanan seimbang - women online magazine

Obesiti merupakan kelebihan berat badan yang terjadi akibat timbunan sel-sel lemak.

Lebih mengejutkan, angka dan statistik yang diperoleh di Malaysia, paras obesiti kanak-kanak didapati lebih tinggi berbanding negara-negara Asia lain.Kini, tiba masanya untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka tentang pemakanan seimbang. Ini kerana pemakanan yang seimbang membawa pengaruh yang besar kepada pertumbuhan awal kanak-kanak. Nutrien, mineral, dan vitamin  diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.

Apa itu pemakanan seimbang?

Pemakanan seimbang ialah mengikut perlu piramid makanan yang telah ditetapkan yang mengandungi  karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Pengambilan makanan yang mengikut kuantiti yang betul akan menghindari kanak-kanak daripada menghidap pelbagai penyakit.

Tujuan pemakanan seimbang kepada kanak-kanak:

•     Memberikan tenaga untuk mereka bergerak aktif.

•     Memberi tenaga kepada sel dan organ mereka untuk berfungsi dengan betul.

•     Pembinaan dan penggantian semula sel-sel tubuh.

•     Menguatkan antibodi badan untuk melawan penyakit.

 

Kumpulan Makanan Seimbang:

 1. Makanan yang memberi tenaga

Kanak-kanak yang sedang membesar sangat aktif dan mereka memerlukan sumber tenaga yang banyak daripada karbohidrat. Karbohidrat boleh disimpan dalam otot dan dikeluarkan apabila diperlukan untuk tenaga. Nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Ia juga merupakan salah satu sumber makanan yang dapat memberikan sumber tenaga kepada tubuh. Namun begitu, terdapat juga makanan lain yang memberikan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Jem dan madu adalah antara makanan bergula yang turut menghasilkan tenaga.

2. Makanan yang membina otot badan

Protein adalah makanan yang membina otot badan. Protein menyediakan asid amino bertindak membina sel-sel dalam badan kita. Sumber protein adalah daripada ikan, ketam, sotong, ayam, itik, dan sebagainya. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang dan juga mempengaruhi pembentukan darah sekaligus menyebabkan badan menjadi lesu.

3. Makanan yang menjauhi penyakit

Makanan yang menjauhi penyakit terdiri daripada sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi vitamin dan mineral. Fungsi vitamin dan mineral ini adalah mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Zat galian seperti kalsium, magnesium dan fosforus sangat membantu pembentukan tulang, gigi dan pengecutan otot yang normal bagi kanak-kanak.

4. Air minuman

Air adalah penting untuk kesihatan kerana ia dapat mencegah sembelit dan dehidrasi. Air membantu membuang bahan buangan daripada sel-sel, dan juga membantu untuk mengawal suhu badan.

 

Makanan yang perlu dielakkan oleh kanak-kanak

  • Daging proses

Daging proses seperti daging burger sememangnya menjadi plihan kanak-kanak. Apatah lagi, bagi si ibu kerana ia mudah disediakan. Hanya nyahbekukan dari peti ais dan goreng sahaja. Namun, tahukah anda daging proses itu sebenarnya membawa kepada risiko sakit jantung dan kanser kerana ia menyerap minyak yang banyak semasa proses menggoreng. Apatah lagi,daging proses itu mengandungi banya bahan pengawet.

Bijirin menjadi salah satu pilihan ibubapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan kerana ia mudah disediakan. Sebenarnya bijirin tersebut mengandungi kuantiti gula yang tinggi melebihi keperluan bagi seorang kanak-kanak. Oleh itu,jangan sesekali tertipu dengan iklan-iklan bijirin di televisyen.

  • Snek Ringan

Anda tidak digalakkan untuk memberi anak anda makan snek ringan kerana ia mengandungi bahan pewarna,pengawet dan sebagainya. Bahan-bahan ini boleh meningkatkan kadar kolestrol.

  • Kentang Goreng

Sememangnya kentang goreng atau ‘french fries’ ini merupakan makanan kegemaran anak anda. Rasanya memang sedap tetapi kandungan lemak dan garam yang tinggi membahayakan kesihatan anak anda.

Kesimpulan

Amalan pemakanan seimbang perlu dipupuk sejak kanak-kanak untuk mengelakkan mereka menghidap obesiti.

Foto: sekadar gambar hiasan

<< Ketahui enam jenis makanan yang mampu bakar lemak di perut di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Pergi! Selami Keindahan Pulau Pangkor Yang Cukup Mendamaikan

Next post

Khasiat Minyak Kelapa Dara Sungguh Luar Biasa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *