ResepiSajiSelera

Enaknya Ikan Pari Bakar

 

resepi ikan pari bakar - women online magazine

Sudah membeli ikan pari, tetapi binggung untuk memasaknya. Masaklah Ikan Pari Bakar. Ketahui di…

Ikan bakar sentiasa mendapat tempat, khususnya dalam masyarakat Melayu. Pelbagai jenis ikan sering menjadi pilihan dan salah satunya adalah ikan pari. Ikan Pari Bakar biasanya dibakar setelah diperap atau digaul sebati  dengan pelbagai jenis rempah ratus.

Keenakan Ikan Pari Bakar begitu memukau selera dan menepati selera anda seisi keluarga ketika berbuka puasa nanti. Resepi  Ikan Pari Bakar ini bukan sahaja cukup mudah disediakan, bahkan amat menyelerakan. Anda dan keluarga pasti puas hati!

Boleh juga anda dapati jika anda pergi makan seafood di salah satu tempat menarik di Selangor jika ingin merasa sendiri kesedapan ikan pari bakar ini .

Berikut Resepi Ikan Pari Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 atau empat potong ikan pari. Cuci dan bersihkan – kemudian ketepikan.

Tips hilangkan hanyir: Lumur ikan pari dengan air limau nipis, biarkan selama 10 minit dan cuci bersih.

3 sudu besar air limau nipis

2 sudu besar kicap masin

2 biji limau kasturi

1 sudu kecil garam

½ sudu besar gula pasir

2 sudu besar minyak untuk mengoreng – menumis

daun pisang secukupnya

 

Rempah Halus Untuk Ikan Pari Bakar (ke semua bahan di bawah dikisar halus)

Sebiji bawang besar

2 ulas bawang putih

Sedikit belacan

4 biji lada besar –merah

5 biji cili padi

 

Cara Membuat Ikan Pari Bakar

1. Panaskan minyak mengoreng, tumis rempah halus untuk Ikan Pari Bakar hingga berbau harum.

2. Tambahkan kicap masin, garam dan gula. Ketepikan.

3. Siapkan daun pisang, kemudian letak ikan pari tersebut di atasnya.

4. Setelah itu, siram dengan rempah halus Ikan Pari Bakar yang telah ditumis tadi. Ratakan.

5. Bungkus rapat dan kemas.

6. Kemudian bakar ikan pari sehingga masak.

7. Siram dengan air perahan limau kasturi, kemudian bolehlah dihidangkan bersama sos pilihan anda.

 

Untuk Membuat Sos Pedas Ikan Pari Bakar:

Cili padi secukupnya – dikisar

Bawang putih secukupnya- dikisar

Cuka, air perahan limau nipis, gula garam dan serbuk perasa.

Gaul semuanya.

 

Untuk Membuat Sos  Masam Ikan Pari Bakar:

Air asam jawa

Cili padi dihiris halus

Gula, garam dan serbuk perasa

Semua bahan digaul hingga sebati

 

Kredit foto: Angsarap

 

<< Binggung untuk menentukan menu berbuka puasa ataupun bersahur? Dapatkan Resepi Ayam Masak Kurma di… 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Diet Bulan Puasa; Segar Bertenaga

Next post

Senarai Produk Kecantikan Berbahaya 2014

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *