Dilema WanitaRomantika

Liyana, Wanita Melayu Yang Hanyut Ke Dunia Malam

Wanita Melayu - women online magazine

Kredit Foto: divorcedgirlsmiling

Wanita Melayu.Wanita Melayu yang berkulit cerah, berusia 27 tahun, anak kelahiran Pantai Timur ini mahu dirinya dikenali dengan nama Lyana.

Kesusahan hidup keluarganya yang bercerai-berai telah menyekat segala cita-cita Lyana untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya setelah tamat tingkatan lima. Bersama WOM.my, Lyana mencurahkan segala rahsia hatinya walaupun pada mulanya dia seakan enggan untuk ditemubual. Setelah dipujuk serta diterangkan niat baik kami, akhirnya Lyana bersetuju dengan syarat gambarnya tidak dirakamkan. Segala butiran peribadinya juga perlu dirahsiakan.

Semoga apa yang dikongsikan Lyana ini dapat menjadi renungan serta teladan buat semua pembaca agar tidak tersalah langkah sepertinya. Lyana mengakui, dia terjerumus ke lembah hina ini disebabkan oleh pergaulannya yang terlalu bebas.

Sebelum tersungkur ke lembah hitam, dahulu Lyana bekerja sebagai jurujual di salah sebuah pusat membeli belah di ibukota. Ikuti luahan hati Lyana…

“Niat awal saya hanya bermain mata dengan lelaki-lelaki yang berduit sahaja. Memang tak terfikir pula sampai mahu ke bilik tidur. Tetapi, apabila salah seorang daripada mereka mengajak saya bermalam di hotel, dan kebetulan pula saya memang suka padanya, jadi saya tidak mampu untuk menolak ajakkan lelaki tersebut.

Gelodak nafsu itulah yang telah mengheret saya hingga sejauh ini.

Daripada pengalaman itulah juga saya terus memburu dan kerap mencari mangsa. Jika dahulu, saya hanya mencari lelaki muda dan kaya, tetapi kini tidak lagi. Tua atau muda bukan persoalannya.

Sebaliknya, apa yang terlintas di fikiran saya hanyalah wang mereka! Saya akui, sesekali timbul juga perasaan berdosa dan rasa takut dengan hukum Tuhan, tapi saya tak naklah fikir-fikir sangat. Tak jadi kerja dibuatnya.

Selagi mampu, saya tak akan jemu untuk memburu mana-mana lelaki-lelaki yang dahagakan seks demi mendapatkan imbalan sejumlah wang untuk menampung kehidupan saya.

Bukan semua lelaki boleh digoda dan tidak semua mahu apabila diajak melakukan hubungan seks. Ada di antaranya sekadar mahu berkenalan sahaja. Tetapi kalau dapat, saya memang jenis tak pilih selera. Bagi saya Melayu ke… Cina ke… Pakistan ke…Indon ke… Nigeria ke… Bangla ke… semuanya saya kebas.

Kalau ada pelancong asing seperti dari Jepun dan Eropah pun saya ambil juga. Tengok macam manalah.Lagipun ‘servis’ yang saya berikan bukannya mahal mana, setakat RM30 sejam. Saya perlukan wang setiap hari untuk membeli ganja dan saya tidak boleh hidup tanpanya.

Saya tahu, tentu ramai yang akan kutuk setelah mereka baca cerita saya ini. Saya tahu dunia yang telah saya pilih ini penuh kepalsuan.

Saya juga sedar, setiap lelaki yang mendatangi saya hanya mahu menikmati tubuh saya sahaja. Tidak lebih daripada itu, setelah puas melampiaskan nafsu, mereka pun berlalu pergi.

Tapi tak kisahlah, memang itu hakikat yang harus saya terima. Melalui dunia kepalsuan inilah saya memperoleh wang untuk hidup. Lagipun kerja ini dah sebati dengan diri saya. Bukan tak nak berubah, tapi tak tahulah. Tunggu sahaja rahmat daripada Tuhan! Tolong doa-doakan saya ya!”

 

<< Ketahui cara mengatasi tekanan hidup di sini.

 

NOTA KAKI!

Begitulah cerita wanita bernama Lyana kepada WOM.my. Jika ada di antara pembaca yang sudi memberikan nasihat buat Lyana, sila tinggalkan komen anda. Mudah-mudahan nasihat serta pandangan anda itu boleh membangkitkan semangat Lyana untuk kembali ke pangkal jalan. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bengkel “Make Me A: Blogger” Cukup Bermanfaat!

Next post

5 Cara Mendapatkan Ketenangan Diri

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *