ProblemSihat

Semak 9 Tanda Tubuh Anda Memang Stress

Tanda-Tanda Stress - Women Online Magazine

Foto: yoga

Stress boleh datang dan menyerang sesiapa sahaja. Bahkan stress juga boleh muncul tanpa disedari di celah kesibukan dengan pelbagai macam masalah dalam kehidupan seharian. Akibatnya, tanpa sedar ternyata anda telah mengalami gangguan fizikal dan mental.

Sebenarnya tubuh sudah mengirimkan signal kepada anda bahawa anda sudah terkena stress dan ia terjadi kerana anda terlalu penat. Disebabkan terlalu sibuk, anda tidak menghiraukan segala tanda-tanda yang telah diberikan oleh tubuh.Tindakan anda yang tidak mempedulikan tanda stress boleh meninggalkan kesan buruk pada sistem penghadaman, bahkan penyakit kardiovaskular dan strok.Ramai wanita yang mengalami stress ketika dihimpit dengan pelbagai masalah rumit, samada masalah keluarga, kewangan mahupun pekerjaan. Stress adalah bentuk ketegangan dari fizikal, psikologi, emosi mahupun mental.

Berikut Tanda-Tanda Stress :

  1. Cepat Penat

Stress akan membuatkan tubuh seseorang menjadi cepat penat. Meskipun tidak bekerja sepanjang hari dan sudah mendapatkan rehat yang secukupnya, stress seringkali menganggu tenaga dan stamina. Jika anda berasa cepat penat, kemungkinan besar anda telah dihadapkan pada keadaan stress dan terlalu banyak berfikir.

  1. Gangguan Sistem Penghadaman

Sebahagian besar penderita penyakit stress ini akan mengalami gangguan penghadaman. Ketika seseorang mengalami stress, ramai yang merubah pola pemakanannya sehingga menganggu sistem penghadaman. Terlalu banyak berfikir kerana stress juga membuatkan sistem penghadaman di dalam tubuh tidak bekerja secara normal.

  1. Jerawat

Stress dikatakan mampu meningkatkan hormon seseorang. Jika hormon ini terus mengalami peningkatan, tidak hairan jika ia boleh menimbulkan jerawat di tubuh ataupun wajah. Perasaan bimbang atau cemas yang timbul akibat stress juga membuatkan sistem ketahanan tubuh menurun dan menimbulkan jerawat.

  1. Kulit Gatal

Stress juga boleh meninggalkan kesan pada kulit. Jika kulit anda terasa gatal kebelakangan ini, cuba perhatikan tahap stress anda dalam kehidupan. Jika keadaan kulit anda menjadi bertambah parah, jangan ragu-ragu untuk berjumpa dengan pakar kulit untuk mengatasi masalah ini.

  1. Ngilu Pada Gusi

Ketika stress kadar hormone kortisol akan meningkat dan ia akan melembahkan sistem ketahanan tubuh. Perkara ini akan mengundang kehadiran bakteria di mulut, yang mana pada akhirnya akan mengundang peradangan pada gusi. Masalah bau mulut yang terjadi juga akan membuatkan anda hilang keyakinan diri. Selain menggosok gigi dan berkumur dengan pembersih mulut, untuk meningkatkan ketahanan tubuh anda disarankan mengambil makanan berkhasiat seimbang, cukup tidur dan ambilkan multivitamin.

  1. Mata Berkedut

Mata berkedut juga salah satu tanda yang diberikan oleh tubuh untuk memberitahu anda sudah terkena stress.

Mungkin disebabkan oleh pekerjaan yang terlalu membebankan sehingga memaksa anda berjaga sehingga larut malam, mengambil kafein dan sebagainya juga turut menyumbang kedutan di bahagian mata anda.

  1. Rasa Loya & Mual

Walaupun anda sudah makan dengan teratur, tiba-tiba sahaja anda rasa loya dan mual dan keadaan ini juga boleh menunjukkan bahawa anda sedang stress. Kebimbangan yang berlebihan adalah puncanya. Selain bersenam, anda disarankan menjauhi makanan berempah dan pengambilan kopi akan membantu anda menurunkan risiko stress yang menghampiri.

  1. Batuk & Selsema

Kebimbangan akibat stress dikatakan mampu menurunkan sistem ketahanan tubuh seseorang. Sistem ketahanan tubuh mudah menurun, dan ini menyebabkan virus serta bakteria penyebab batuk mahupun selsema dengan mudahnya menyerang. Batuk dan selsema merupakan salah satu kesan buruk yang terjadi akibat stress.

  1. Berat Badan Tidak Stabil

Sesetengah orang yang mengalami stress dan makan banyak sehingga dia mengalami obesiti. Namun, ada juga yang menjadi hilang nafsu makan di saat dirinya ditimpa stress sehingga menjadi lebih kurus. Berat badan yang tidak stabil dan cenderung naik ataupun turun merupakan salah satu pengaruh dari perasaan stress.

Kesimpulan

Agar tubuh tetap sihat, pastikan suasana hati anda sentiasa bahagia dan jauh daripada perasaan resah ataupun bimbang. Selain itu, usahakan untuk menjaga pola pemakanan, bersenam, mendapat rehat yang mencukupi dan makan vitamin agar tubuh anda selalu sihat.

<< Ketahui 12 tanda tubuh anda kekurangan zat besi di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Pentingnya Kesedaran Tentang Penjagaan Mulut

Next post

Serlahkan Kecantikan Semulajadi Anda Dengan Lipstik Nude

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *