ProblemSihat

Sebelum Terlambat, Ketahui Simptom-Simptom Sakit Saraf

Sakit Saraf - Woman Online Magazine

Foto: mahligaicinta

Sekiranya anda mengalami kesakitan pada mana-mana tubuh badan tetapi tidak dapat diterangkan secara terperinci, berkemungkinan anda mengalami kesakitan saraf.

Kesakitan saraf atau neuropatik adalah sejenis kesakitan kronik yang berpunca daripada kerosakan pada saraf yang berfungsi mengesan kesakitan, atau pada bahagian dalam sistem saraf yang menghantar isyarat kesakitan seperti saraf tunjang atau otak.

Kesakitan saraf boleh membawa kesan negatif yang signifikan dalam rutin harian pesakit serta kualiti kehidupan mereka.Pesakit yang mengalami penyakit ini sering menghadapi masalah untuk menerangkan kesakitan yang dialami. Keadaan ini juga secara tidak langsung menunjukkan perbezaan dalam fisiologi dan psikologi yang mempengaruhi cara seseorang itu menerangkan kesakitan mereka.Sehingga hari ini tiada ujian diagnostik yang dapat membuktikan bahawa kesakitan itu wujud.

Simptom Sakit Saraf

Selain itu, seseorang yang mengalami sakit saraf akan mengalami gangguan seperti rasa terbakar pada bahagian kaki, rasa seperti kejutan elektrik secara tiba-tiba pada bahagian tangan apabila berlaku perlanggaran dengan objek keras, pinggang terasa sakit seperti dicucuk dengan jarum, kaki terasa kebas seperti digigit dengan semut dan kaki terasa sakit akibat kebas dan sejuk.

Kesimpulan

Jika anda mempunyai salah satu simptom bermakna anda mempunyai sakit saraf. Jika kesakitan berterusan seeloknya berjumpa dengan doktor untuk membuat rawatan selanjutnya bagi mengenal pasti jenis penyakit saraf yang dialami.

<< Ketahui cara paling mudah mengatasi lengkuh kaki di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kulit Lebih Halus & Lembut Dengan Khasiat Bunga Lily

Next post

Hati-Hati, Jika Tapak Tangan Anda Mudah Berpeluh!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *