SenamanSihat

Tips Membentuk Punggung Mantap Ala Bentuk Gitar

punggung mantap - women online magazine

Punggung wanita adalah salah satu daya penarik hebat di mata lelaki. Untunglah sesiapa yang memiliki bentuk punggung yang mantap!

Seorang  lelaki boleh mengagumi bentuk tubuh seorang wanita  itu meskipun  hanya melihatnya dari belakang!Bercakap tentang punggung, biasanya kaum lelaki lebih suka dengan bentuk punggung wanita yang mantap seperti bentuk gitar. Bentuk sebegini dianggap cukup seksi dan mempersonakan.Mungkin pada ketika ini ramai wanita yang masih belum tahu bagaimana caranya untuk memiliki bentuk punggung yang sebegitu.

Jom semak cara- cara untuk mendapatkan punggung mantap daripada WOM.my

Punggung mempunyai tiga otot utama iaitu gluteus maximus, medius gluteus dan gluteus minimus. Fungsi otot adalah untuk  membantu menggerakkan kaki anda ke segala arah dan memperkuatkan pinggang, paha dan punggung. Senaman yang menggerakkan otot ini sangat bagus untuk mendapatkan punggung mantap.

  • Squat

Senaman ini bagus untuk pinggul, paha dan punggung. Ia juga mampu memperkuatkan otot di bahagian perut. Berdiri dengan kaki terpisah, lalu secara perlahan dan bertahap, turunkan pinggul anda. Tapi, pastikan lutut tidak ikut bergerak melebihi jarak kaki anda.

  • Lunges

Lunge merupakan latihan yang sangat baik dilakukan bagi mendapatkan pungung mantap. Tetapi jangan terlalu yakin dengan hanya melakukan satu jenis senaman sahaja.Jauhkan kaki sejajar antara satu sama lain. Ambil langkah besar dengan kaki kanan di depan dan kaki kiri di belakang, kemudian perlahan-lahan turunkan tubuh anda sambil menekuk lutut. Jaga lutut selaras ke depan dan kembali ke posisi asal dan lakukan pergerakan tadi untuk kaki kiri pula.

  • Step-Up

Gunakan pemijak seperti tangga.Langkah satu kaki ke atas pemijak dan turun ke posisi asal, kemudian ganti kaki yang lain dan turun seperti pergerakan awal. Tingkatkan kecepatan secara bertahap.

  • Bridges

Pada posisi baring terlentang, bengkokkan kedua- dua lutut dan pastikan telapak kaki ke lantai dan jarakkan sedikit. Angkat bahagian badan tulang belakang anda dari lantai ke atas secara perlahan sambil memberi tekanan pada faraj dan paha belakang. Kemudian kembali pada posisi asal.

  • Leg Extension

Pada posisi berdiri atau posisi merangkak, regangkan kaki kiri ke belakang tubuh sejauh mungkin kemudian kembali ke posisi asal. Ganti kepada kaki kanan pula.Lakukan pergerakan ini selama 10 hingga 20 kali sehari. Untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan, anda boleh meningkatkan jumlah pergerakan sesuai dengan keadaan tubuh badan anda. INGAT! Jangan memaksa tubuh jika anda merasakan pergerakan ini terlalu susah.

 

9 Perkara Anda Perlu Tahu Untuk Miliki Punggung Mantap

Kredit foto:guim

<< Jom, cuba senaman mengecilkan paha di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Jenis Makanan Mampu Kuatkan Janin

Next post

Aduh, Sakitnya Gigi Berlubang!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *