ProblemSihat

Awas, Salah Pilih Saiz Bra Undang Masalah Kesihatan!

 

salah pilih bra undang masalah kesihatan - women online magazine
Sebagai wanita, anda harus tahu kesalahan memilih saiz bra akan memberikan masalah kesihatan pada diri anda sendiri. Ketahui di sini…

Baju dalam/coli/bra adalah pakaian penting dan wajib bagi setiap wanita.  Mengenakan bra dengan saiz yang tidak sesuai atau salah  boleh mengundang masalah kesihatan. Jika bra yang dipakai terasa longgar atau ketat, ini bermakna anda memerlukan sepasang bra yang sesuai dengan diri anda. Jangan dibiarkan berterusan kerana ia boleh mengundang masalah kesihatan buat diri anda di masa akan datang.

Jika bra yang anda pakai itu tepat, secara tidak langsung ia akan membentuk postur tubuh yang menawan sehingga meningkatkan keyakinan diri. Untuk itu, sebelum membeli bra, pastikan anda mengetahui ukurannya sesuai dengan diri supaya anda tidak diserang masalah kesihatan yang mungkin berpanjangan.

Berikut beberapa tanda menunjukkan anda harus bertukar bra sebelum ditimpa masalah kesihatan yang parah. Check it out!

1.  Tali bra yang mudah terlondeh

Ini bermakna talinya sudah longgar. Anda boleh mengetatkan tali untuk menyesuaikannya dengan bentuk tubuh. Namun, jika masih kendur mungkin keanjalan talinya sudah berkurangan dan anda harus bertukar dengan yang baru agar bra boleh menyokong payudara dengan betul.

2.  Bra bahagian tengah tidak boleh melekat  pada kulit

Pada bahagian tengah bra antara dua cup sudah tidak boleh melekat pada kulit dengan betul. Perkara ini mungkin disebabkan cup yang terlalu sempit, bentuk cup bra yang tidak sesuai dengan bentuk payudara atau kerana lingkaran talinya sudah kendur.

3.  Cupnya ada celah dan menonjol

Cuba perhatikan bentuk cup bra ketika memakaianya terutama jika anda memakai T-shirt ketat. Jika ada tonjolan yang nampak pelik seperti bentuknya menjadi lebih besar dan ada ruang celahan antara payudara, bermakna ukuran bra anda terlebih saiz.

4.  Setelah dipakai meninggalkan bekas/kesan

Ketika anda melepaskan bra, pada tali belakang atau tali bahu kelihatan meninggalkan bekas/kesan. Ia boleh menimbulkan iritasi kulit disebabkan bra yang dipakai terlalu ketat. Jika anda memakai ukuran bra yang ketat, aliran darah akan tersumbat dan boleh menyebabkan kanser payudara. Rasa sakit atau perit di payudara merupakan petanda yang cukup jelas bahawa anda telah menggunakan bra yang salah

5.  Bra tidak boleh menampung semua bahagian payudara

Jika anda mengenakan bra, apakah ada bahagian payudara yang tidak semua masuk ke dalam cup, bermakna terjojol ke luar cup. Jika ada, mungkin cup bra terlalu kecil dibandingkan dengan ukuran payudara anda.

6.  Bentuk ‘underband’ tidak lurus

Bagi payudara bahagian atas dan pinggir cup ada yang tidak boleh tertutup maka mungkin bra tersebut kecil. Selain itu, bentuk ‘underband’ tidak membentuk satu garis lurus iaitu melintang mengiring seperti tali terlalu ketat atau kecil.

 7. Kesakitan ketika memakai bra

Salah satu kesan sampingan atau masalah kesihatan yang bakal anda hadapi daripada memakai bra dengan ukuran yang salah adalah kanser payudara. Ketika anda salah memilik saiz atau ukurannya, aliran darah tidak dapat mengalir dengan baik dan menyebabkan kanser payudara.

kredit foto: wigglestatic

<<Berikut adalah 13 kebenaran tentang rahsia lelaki yang mungkin akan mengubah pendapat anda selepas membacanya. Ketahui di sini…

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Perkenalkan Rumusan Horlicks® Chocolate Terbaru

Next post

Vaseline Malaysia Mulakan Kempen ‘Dry Skin Restored’

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *