KewanitaanSihat

Mesti Baca!Rahsia Payudara Wanita

payudara - woman online magazine

Kredit : clairenedesign

Payudara merupakan bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari diri seorang wanita walaupun sebenarnya satu-satunya fungsi payudara ialah menghasilkan dan mengalirkan air susu kepada anak yang baru lahir.

Dalam masyarakat, payudara wanita seringkali juga memegang peranan penting sebagai simbol seksual. Sebagai simbol seksual, payudara wanita dapat merangsang mahupun ‘mengganggu’ sesiapa sahaja yang memandangnya.Bagi kebanyakan wanita dan juga lelaki, payudara wanita adalah yang sangat menyenangkan dalam hubungan seksual. Ada di antara wanita dikatakan boleh mencapai kepuasan hanya kerana rangsangan payudara dan puting sahaja.

Pada saat lain, payudara wanita boleh menjadi sesuatu yang tidak menyenangkan atau bahkan lebih buruk dari itu (misalnya sewaktu anda berlari, menjadi bahan perhatian yang tidak diinginkan seperti gangguan seksual).Ketakutan yang berkaitan dengan payudara wanita adalah perkara umum. Dari ketakutan sederhana tentang ukuran dan bentuk payudara hingga ketakutan yang sering sangat mengganggu kerana kanser dan penyakit. Dalam masyarakat kita, payudara merupakan bahagian yang kompleks dan penting pada tubuh seorang wanita.

Ukuran Payudara Wanita Memang Berbeza-Beza

Payudara wanita mempunyai ukuran dan bentuk yang berbeza-beza – kecil, besar, kendur, ketat, montok, pejal dan lain-lain. Ramai wanita yang mengeluh bahawa ukuran payudaranya kecil dan takut akan mengganggu pada ketika menyusui bayi, atau ada juga yang mengeluh bahawa ukuran payudaranya berbeza antara kiri dan kanan. Hal ini sebenarnya normal (dan sangat umum) di mana satu payudara berbeza bentuk dan ukurannya daripada payudara yang lain dalam diri seorang wanita asalkan perbezaan ini tidak ekstrem sekali.

Puting susu juga mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeza-beza. Sama halnya, areola (daerah yang lebih hitam di sekeliling puting) dapat besar atau kecil, putih atau hitam, dan berbeza dari satu payudara dengan payudara lainnya pada wanita yang sama.

Setiap perempuan dianugerahi bentuk dan ukuran payudara wanita yang berbeza-beza. Sukar untuk mengatakan bahawa yang satu lebih baik dari lainnya atau yang satu akan berfungsi baik dalam menyusui dan yang lain tidak. Masalah yang kerap timbul, bukan terletak pada payudaranya sendiri melainkan pada fikiran si pemilik payudara wanita . Setiap payudara memiliki keindahan tersendiri dan setiap lelaki mempunyai persepsi yang berbeza tentang payudara wanita yang indah. Malah, besar payudara (baik kecil mahupun besar) akan berfungsi dengan baik apabila tiba saatnya anda menyusui bayi.

Ada keadaan-keadaan tertentu yang memang dapat menimbulkan gangguan pada saat menyusui seperti puting yang terbenam dan gangguan produksi air susu. Ada juga masalah lain seperti infeksi pada payudara, kanser payudara, timbulnya payudara lebih dari dua dan sebagainya.

<< Ketahui cara paling mudah menjaga payudara agar bebas daripada kanser di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Wanita Mengandung Bahaya Kalau Minum Kopi

Next post

Jaga Kebersihan Ketika Anda Period

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *