ProblemSihat

Kenali 4 Punca Kenapa Berlakunya Strok

kenali punca strok - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Bahaya kepada mereka yang menghidapi simptom-simptom strok ini. Sebagai langkah permulaan baik anda mengetahui punca strok.

Penyakit strok bukanlah benda asing di kalangan masyarakat kita. Penyakit ini adalah antara penyakit yang berbahaya kepada sesiapa yang menghidapinya kerana ia boleh mengakibatkan maut. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan strok adalah punca kematian ketiga tertinggi di Malaysia.

Apakah itu strok? Strok adalah serangan otak yang berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membekalkan oksigen dan nutrien yang penting kepada tubuh badan kita. Apabila saluran darah di dalam otak anda sudah pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan berhenti dan sel-sel otak di dalam badan anda akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Fungsi otak akan mula mati. Apabila anda mengalami strok, kesemua deria rasa anda akan mula hilang dan pertuturan sudah mula tidak teratur. Ia akan mengakibatkan sebahagian tubuh anda lumpuh dan corak pemikiran anda mula berubah.

Apakah punca strok dan tanda-tanda awalnya? Bolehkan penyakit ini dirawat?

Antara punca berlakunya strok ialah:

Punca Berlakunya Strok

1.       Mengamalkan Budaya Hidup yang Tidak Sihat

Antara punca berlakunya strok apabila anda sering mengamalkan yang tidak sihat. Gaya hidup yang tidak sihat ialah apabila anda mengamalkan seperti menghisap rokok, jarang meluangkan masa untuk bersenam dan kerap minum minuman yang beralkohol.

Apabila anda sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, ia akan mengakibatkan sistem organ anda akan terganggu. Jika dibiarkan ianya melarat, ia boleh mengakibatkan saluran darah anda terjejas sekaligus melumpuhkan fungsi otak anda.

2.       Pemakanan yang Tidak Sihat

Pemakanan yang tidak sihat juga mampu menyumbang kepada penyakit strok. Elakkan daripada mengambil makanan yang tidak sihat, seperti makanan yang berminyak dan kandungan lemak yang tinggi dan lain-lain lagi.

Elakkan juga daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan garamnya. Anda hendaklah perbanyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti oat, makanan yang kaya bijirin, buah-buahan dan sayu -sayuran.

3.       Penyakit Kencing Manis

Sesiapa yang mempunyai penyakit kecing manis atau diabetes juga adalaah antara yang berisiko besar mengalami strok.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menunjukkan penyakit kencing manis (diabetes) adalah suatu risiko yang terpenting menyebabkan seseorang diserang angin ahmar di Malaysia.Kajian yang dilakukan menunjukkan seramai 60% pesakit strok turut mengidap penyakit kencing manis.

Ia mungkin disebabkan apabila bekalan darah tersumbat kerana gumpalan darah yang terbentuk dalam saluran darah. Ia juga berlaku apabila dinding saluran darah menjadi semakin tebal, sekaligus menyukarkan darah mengalir ke seluruh badan anda.

4.       Penyakit Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi juga antara punca strok. yang berlarutan boleh menyebabkan salur darah kecil dalam otak bengkak dan mudah pecah. Ia sekaligus akan menyebabkan otak anda sukar untuk berfungsi seperti normal sekaligus membuatkan anda akan menghidapi penyakit strok.

Elakkan diri anda boleh kerap dibelenggu darah tinggi seperti mudah stress, pola pemakanan yang tidak sihat dan pelagai faktor lain yang boleh menyebabkan anda darah tinggi.

Jadi, pastikan anda mengamalkan hidup yang sihat. Pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jaga pemakanan anda dan elakkan gaya hidup yang tidak sihat. Strok tidak mengenal usia dan jantina. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

<<Jom kenali punca sesak nafas di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Melambatkan Uban Tumbuh di Kepala

Next post

Manfaatkan Cuti Hari Pekerja

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 26, 2015 at 10:17 pm — Reply

    […] darah dengan adanya senyawa ‘glucoraphanin’.Persenyawaan ini juga mampu mengurangi risiko stroke pada pesakit […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *