Petua PemakananSihat

Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi

Turunkan Tekanan Darah Tinggi - Woman Online Magazine

Kredit: healthcastle

Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi. Tahukah anda tentang penyakit darah tinggi? Apakah punca atau penyebabnya serta cara untuk menurunkan tekanan darah tersebut?

Penyebab Darah Tinggi

  • Kelebihan berat badan.
  • Kurang bersenam.
  • Kerap mengambil makanan yang memiliki kadar garam yang tinggi.
  • Kurang makan buah-buahan dan sayuran segar.
  • Terlalu banyak meminum minuman keras.
  • Kuat merokok.

 

Tanda-Tanda Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi

 

Berikut beberapa cara menurunkan tekanan darah tinggi secara semulajadi yang boleh anda cuba praktik:

 

  1. Rajin Bersenam

Senaman ringan seperti berjogging boleh anda lakukan secara rutin. Ia cukup bermanfaat untuk kesihatan, mampu meningkatkan penyerapan oksigen dan menurunkan tekanan darah dengan cara memperkuatkan jantung anda.

 

  1. Hindari Makanan Tinggi Kandungan Garam

Garam mampu meningkatkan jumlah dan tekanan darah di arteri anda. Jadi, anda perlu menghindari makanan tinggi garam seperti makanan segera dan makanan olahan.

 

  1. Jus Celery

Kandungan kalium, mineral serta antioksidan yang terdapat dalam jus celery mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Celery juga mempunyai kandungan senyawa ‘3-n-butil-phthalide’ yang berguna untuk melebarkan otot-otot dinding arteri sehingga membuatkan perjalanan darah berjalan lebih lancar.

 

  1. Bawang Putih

Karakter bawang putih yang penuh khasiat mampu menghindarkan darah tinggi dengan kemampuannya menghancurkan lemak serta menurunkan kandungan kolesterol jahat. Senyawa ‘alisin’ yang terdapat pada bawang putih juga berguna untuk melebarkan serta menghindarkan pembekuan darah yang menyebabkan terjadinya penyakit darah tinggi.

 

  1. Buah Pisang & Aprikot

‘Potasium’ yang terdapat pada pisang dan aprikot merupakan nutrient penting pengatur tekanan darah sehingga dapat menjaga kestabilan darah. Kekurangan ‘potasium’ boleh menyebabkan tubuh menjadi letih dan secara psikologi boleh menyebabkan seseorang itu menjadi stress yang merupakan faktor risiko terkena penyakit darah tinggi.

<< Ketahui 6 jenis makanan awet muda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Cara Merawat Bibir Yang Betul

Next post

6 Kebaikan Yogurt Untuk Kesihatan Wanita

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *