Petua PemakananSihat

10 Tips Jaga Badan Ketika Berpuasa

tips jaga badan - women online magazine

Kredit Foto: Uchealth

Tips Jaga Badan. Ada segelintar orang, biarpun berpuasa tetapi tetap nampak cergas dan fit.  Apakah tips jaga badan yang dipraktik?

Alangkah bagusnya jika di saat kita melakukan ibadah puasa di bulan yang mulia ini, kita tetap dapat melakukan aktiviti harian dengan keadaan yang cergas dan penuh semangat.

Agar terhindar daripada lesu dan malas ketika berpuasa, berikut beberapa tips jaga badan yang boleh anda praktik sepanjang bulan Ramadan ini. Tips jaga badan juga akan membuatkan tubuh anda sentiasa sihat dan penuh energi walaupun sedang berpuasa.

 

Baca Juga: Mencegah Mulut Berbau

 

Berikut tips jaga badan yang perlu anda berikan perhatian!

1. Buat pemeriksaan kesihatan

Jika anda menderita masalah kesihatan tertentu atau penyakit gastrik, sebaiknya dapatkan nasihat terlebih dulu tentang tahap kesihatan anda.  Perkara ini dapat menghindari anda daripada mengalami masalah kesihatan yang anda lalui ketika berpuasa.

 

2. Rancang  jadual menu

Usahakan untuk mendapatkan menu yang seimbang ketika bersahur dan berbuka puasa agar anda tetap mendapat nutrisi yang tepat untuk jaga badan selama berpuasa.  Jadi, perhatikan pengambilan makanan yang berzat sepanjang bulan puasa ya. Jika anda memasak hidangan berbuka puasa tersebut, pastikan anda mengatur menu berbuka dan bersahur itu dengan makanan yang seimbang.

 

Baca Juga: Nilai Kalori Makanan

 

3. Ambil makanan yang berkhasiat  ketika bersahur

Dengan pengambil serat ketika sahur, ia dapat mencegah anda daripada berasa cepat lapar. Serat yang ada akan lebih lama tertinggal di dalam perut jika dibandingkan dengan zat yang lain. Selain itu, ambil juga makanan yang kaya karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan atau sayur-sayuran dan perbanyakkan minum air putih.  Metabolisme tubuh akan dapat bekerja dengan baik sehingga anda berjaya menjaga badan serta stamina sepanjang anda menjalankan ibadah puasa ini.

 

4. Hindari tempat yang terlalu panas

Sebaiknya cuba hindari terlalu lama berada di tempat-tempat panas kerana ia boleh membuatkan anda berasa dehidrasi.

 

5. Elakkan berbuka puasa dengan makan berlebihan

Jangan  terlalu banyak makan makanan ketika berbuka puasa biarpun anda mungkin  tergoda untuk mengabiskan semua hidangan yang ada. Kawal nafsu makan anda! Berbuka puasa dengan kurma dan air sudah cukup untuk mengisi perut. Setelah solat Maghrib, barulah anda kembali makan dengan makanan yang sihat dan seimbang.

 

6. Hindari minuman tidak sihat

Mentang-mentanglah anda haus setengah mati, anda tergoda untuk menyegarkan kerongkong anda dengan minum segelas air sejuk atau terus meminum ais cendol ataupun sirap.  Sebaiknya minum dulu air suam, kerana jika anda terus meneguk segelas minuman sejuk, badan anda yang telah seharian berpuasa akan ‘terkejut’ dan metabolism tubuh akan terganggu.

 

7. Bersenam

Salah satu tips jaga badan ini amat bermanfaat, terutama buat anda yang mahu mendapatkan badan yang lebih fit dalam menghadapi sebulan penuh berpuasa. Lakukan senaman ringan, seperti berjalan kaki selama 15-20 minit, sebaiknya dilakukan pada malam hari.

 

8. Hindari makanan pedas atau digoreng

Hindari makan makanan yang digoreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan sakit perut atau menganggu sistem penghadaman.  Di samping itu, elakkan juga mengambil makanan yang mengandungi kolesterol mahupun makanan yang mengandungi kadar gula yang terlalu tinggi. Anda harus tahu, kadar gula yang berlebihan akan menganggu proses pengeluaran racun dari dalam tubuh.

 

9. Perhatikan kesihatan kulit

Ketika berpuasa, tubuh akan membuat kulit dehidrasi kerana terhadnya untuk minum air. Untuk menjaga agar kulit tetap terjaga, perhatikan pengambilan vitamin C dan E. Persekitaran yang penuh dengan pencemaran, ruangan yang berhawa dingin juga akan membuatkan kulit menjadi kering.

 

10. Dapatkan tidur dan rehat secukupnya

Atur jadual tidur sebaik mungkin dan cuba dapatkan rehat secukupnya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti sepanjang anda menjalani ibadah puasa. Jika ada waktu terluang, cubalah lelapkan mata sekitar 10 hingga 15 minit untuk menghilangkan rasa mengantuk dan mengembalikan semula energi anda.

Semoga 10 tips jaga badan ini bermanfaat buat anda. Selamat mempraktikannya!

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Tanpa senaman berat atau diet ekstrem, anda juga boleh kekal langsing. Nak tahu macam mana, semak di sini… 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Ayam Masak Merah Menyala

Next post

Mesti Baca! Baik Buruk Kahwin Usia Muda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *