Petua PemakananSihat

Mesti Baca! 5 Manfaat Tempe

manfaat tempe - woman online magazine

Kredit Foto : tofufortwo

Manfaat Tempe. Anda suka makan tempe? Jika jawapannya “ya”, anda memang bagus! Ternyata tempe yang anda gemari itu memiliki manfaat yang baik untuk kesihatan.Kandungan zat yang terdapat pada tempe sungguh luar biasa.

Tempe diperbuat daripada kacang soya yang kemudian ‘difermentasi ‘dengan kulat ‘rhizopus oligosporus’. Kandungan yang ada dalam tempe hampir sama dengan kandungan yang dimiliki oleh yougurt.Tempe adalah sumber protein yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan mengandungi serat,vitamin B, kalsium dan zat besi.

Selain itu, tempe juga memiliki kandungan antibiotik dan antioksidan yang boleh mengatasi infeksi dan mencegah penyakit ‘degenerative’. Selain itu tempe memiliki keutamaan kandungan karbohidrat, protein dan lemak sihat yang mudah diserap dan dihadamkan oleh tubuh. Tempe bagus dimakan oleh kanak-kanak untuk tumbesaran atau menjaga fungsi organ tubuh bagi orang dewasa.

 

Berikut beberapa manfaat tempe yang perlu anda tahu:

  1. Dapat Mencegah Kanser

Serat yang terkandung dalam tempe dapat mengikat racun dan kolesterol yang menjadi penyebab kanser serta membuangnya dari dalam tubuh, sehingga racun yang sudah terikat tidak akan merosakkan sel-sel dalam tubuh.Tempe diperkayakan oleh isoflavon, senyawa antioksidan yang memainkan peranan penting dalam memperbaiki sel dan mencegah kerosakan sel akibat pencemaran udara dan sinaran cahaya matahari. Isoflavon juga bertindak sebagai agen anti-kanser dengan memerangi sel-sel kanser yang dapat mengundang terjadinya kanser prostat, payudara dan kanser rahim.

 

  1. Menjaga Jantung Sihat

Manfaat tempe memang luar biasa, ia membantu jantung agar menjadi lebih sihat. Tempe mengandungi protein yang dapat menurunkan kolesterol jahat sekitar 30-45 peratus. Kolesterol jahat merupakan faktor yang menyebabkan pembuluh darah menjadi tersumbat sehingga mengundang terjadinya stroke dan serangan jantung. Tempe dapat menaikkan kadar HDL atau kolesterol baik dalam darah, yang berfungsi menekan banyaknya kolesterol jahat dan mengeluarkannya dalam tubuh.

 

Baca Juga: Cara Turunkan Kolesterol

 

  1. Mengawal Gula Darah

Protein dan serat yang terkandung dalam tempe dapat mencegah naiknya kadar gula darah. Biasanya orang yang menderita diabetes berisiko mengalami radang pembuluh darah yang berkaitan dengan penyakit jantung, sehingga harus menjaga kadar kolesterol darah tetap rendah. Penderita diabetes disarankan memakan tempe.

 

  1. Sumber Energi

Tempe juga mengandungi riboflavin atau vitamin B2. Mikronutrisi ini mudah dihadamkan dan sifatnya larut dalam air. Riboflavin memainkan peranan penting dalam metabolisme energi dan juga diperlukan dalam metabolisme karbohidrat, protein, lemak dan zat keton. Selain itu, vitamin ini turut berperanan dalam pembentukkan sel darah merah. Kekurangan riboflavin mempengaruhi pengeluaran energi tubuh. Gejala-gejala awal dari kekurangan riboflavin biasanya adalah bibir pecah-pecah dan tekak.

 

  1. Mengatasi Gejala-Gejala Menopause

Isoflavon yang terkandung dalam tempe juga dapat membantu mengatur estrogen. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa isoflavon dalam soya boleh mengurangkan rasa panas (hot flushes) di badan dan rasa tidak selesa pada wanita menopause.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui rahsia dapatkan perut rata dalam tempoh 20 hari di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

11 Pilihan Aura Warna Ruang Kerja

Next post

Adakah Anda Kekurangan Vitamin D? Baca Di Sini!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *