Petua PemakananSihat

Air Perahan Lemon, Banyak Manfaatnya!

Manfaat Air Lemon - woman online magazine

Kredit : thespiritscience

Air lemon sangat bermanfaat untuk tubuh kerana mengandungi sejumlah besar vitamin, mineral dan antioksidan yang membantu untuk meningkatkan kesihatan.

Lemon adalah buah yang biasa digunakan untuk menambah rasa masam lemon pada makanan. Lemon mengandung 5-6% asid sitrat.Dengan menambah sedikit potongan lemon, banyak manfaat yang boleh diperoleh,selain rasanya yang menjadi lebih segar. Bahkan air lemon ternyata dapat memberikan efek positif untuk membantu meratakan perut bagi siapa sahaja yang meminumnya pada pagi hari.

Berikut 5 manfaat kesihatan daripada pengambilan air putih dengan potongan lemon:

  1. Mengurangi Racun Dalam Tubuh

Air lemon bersifat diuretik, mencampurkannya dengan air putih dapat membantu melancarkan pengeluaran air kencing. Racun dan bakteria di dalam tubuh akan dibuang melalui air kencing oleh tubuh.

  1. Menjaga Kesihatan Mulut

Selain dapat menghilangkan masalah bau mulut, air lemon juga dapat menghentikan pendarahan gusi dan mengurangi perit ketika sakit gigi.

  1. Menjaga Kecantikan Kulit

Air lemon dapat mengurangkan pengeluaran radikal bebas yang bertanggungjawab terhadap penuaan dan kerosakan kulit. Bahkan air lemon juga bermanfaat menjadikan kulit anda lebih sihat dan bercahaya. Selain itu, air lemon ini juga dapat mengatasi penuaan semulajadi, bintik-bintik hitam dan kedutan di wajah.Di samping itu, air lemon juga bebas kalori dan boleh menjadi antioksidan.

  1. Membantu Kerja Sistem Penghadaman

Dengan meminum air perahan lemon atau air lemon ternyata dapat meredakan pelbagai gangguan penghadaman seperti perut mulas, kembung dan juga perut sebu. Selain itu, dengan meminum air lemon secara teratur boleh membersihkan usus dan juga mencegah terjadinya sembelit dan diare.Air lemon juga mampu menghilangkan rasa sakit dan mengurangkan pengaliran darah yang berlebihan ketika datang haid.

  1. Menurunkan Tekanan Darah

Jika anda memiliki masalah dengan tekanan darah tinggi, anda boleh cuba mencampurkan potongan lemon pada air minum anda. Kandungan potassium pada buah lemon akan membantu anda menurunkan tekanan darah. Selain itu, dengan rutin pengambilan air lemon akan membuat tekanan darah anda tetap normal sehingga membuatkan fikiran anda menjadi lebih relaks, mengurangi stres, mencegah depresi serta menurunkan risiko untuk terkena stroke dan jantung.

Tips Ekstra!

Cara menyediakan air lemon yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.

  1. Ambillah segelas air sejuk atau segelas air panas.
  2. Perahlah setengah potong lemon segar.
  3. Kacau dan minumlah tanpa gula.

<< Ketahui khasiat sayur bunga kobis di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Cerahkan Wajah Daripada Terus Kelihatan Kusam Serta Berminyak

Next post

Semarakkan Cinta Anda Di Pulau Maldives

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *