Petua PemakananSihat

9 Jenis Makanan Banyakkan Air Susu Ibu

makanan untuk ibu menyusu - women online magazine

Menyusu badan memberikan seribu kebaikan, samada kepada bayi mahupun si ibu itu sendiri.

Kesan baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun kekal sepanjang hayat meliputi efek terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak. Oleh itu, makanan yang berkhasiat dan seimbang sangat penting bagi ibu menyusu. Malah, makanan tersebut bukan sahaja berkhasiat tetapi mampu memperbanyakkan susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menyusu di luar sana, jom semak makanan yang anda perlu makan untuk banyakkan air susu.

1. Lobak Putih

Anda boleh parutkan lobak putih tersebut dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

2. Buah Longan Kering

Rebus segenggam longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli sehingga kembang. Untuk rasa yang lebih sedap,masukkan sedikit gula merah. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina.

3. Kacang Tanah

Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, si ibu digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Kacang tanah sememangnya kaya dengan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.

4. Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu,maka dengan pengambilan kurma ini,ia dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Malah ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.

5. Pucuk betik/Betik muda

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda dan minumlah dua hingga tiga kali sehari. Pucuk betik atau betik muda ini juga boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

6Halba

Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Anda juga letakkan halba ini di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

7. Habbatus Sauda

Habbatus Sauda adalah salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Ramai ibu tidak tahu bahawa ia dapat menambahkan susu si ibu. Malah ia amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.

8. Jantung Pisang

Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau lebih enak dimasak gulai lemak.Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.

9. Kacang Soya

Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

 

Info Ekstra!

Pengambilan Air Putih Yang Banyak

Si ibu yang menyusu mestilah kerap minum air putih supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Si ibu disarankan meminum air putih sekurang-kurangnya tiga  liter sehari.

 

Khasiat Susu Ibu Kepada Bayi

  • Susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan enzema.
  • Susu ibu tersedia bila-bila masa,mudah diurus,tidak perlu dicuci atau disteril dan bebas daripada sebarang kuman dan bakteria. Malah susu ibu  tidak akan basi.
  • Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan pertumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding bayi yang meminum susu formula.
  • Mencegah daripada penyakit rabun malam.
  • Mencegah bayi dari mendapat alahan.
  • Menggelakkan taun.
  • Menggelakkan bayi dari terkena jangkitan telinga.
  • Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang membantu pertumbuhan sistem otak dan saraf.

 

Khasiat Menyusu Bayi Bagi Ibu

Menyusukan bayi akan bantu si ibu kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Hormon oksotosin yang terdapat dalam susu ibu dapat membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi si ibu yang tidak menyusukan bayi,amat rugilah anda kerana rahim anda sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

  • Menyingkir Mekonium

Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

  • Mudah DiHadam

Khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman.

Tahukah anda bahawa susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, jika bayi disusukan secara eksklusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia,bronkitis, influenza dan banyak lagi.

  • Mengelak  Berlakunya Pendarahan

Apabila menyusukan bayi, si ibu akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Sekaligus pendarahan dapat dielakkan.

  • Mengurangkan Kadar Insulin

Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis kerana kadar insulin dapat dikurangkan dengan hanya menyusukan bayi.

Salah satu khasiat susu ibu adalah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

  • Bertindak Sebagai Ubat Penenang

Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat membantu menenangkan bayi. Oleh itu,bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

Kesimpulan

Ibu-ibu yang menyusu perlulah melengkapkan diri serba sedikit dengan ilmu tentang penyusuan bagi mempermudahkan proses penyusuan bayi anda. Sesungguhnya susu ibu merupakan pengerat kasih sayang antara ibu dan anak.

Kredit foto: sayangianak

<< Ketahui 5 jenis makanan yang mampu menguatkan janin di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Nak Lebih Cantik, Minumlah Jamu! Tapi….

Next post

Panjangkan Bulu Mata Dengan Lidah Buaya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *