Petua PemakananSihat

Nasi Punca Anda Gemuk?

nasi putih - women online magazine

Kredit Foto: dreamvacationsindia

Nasi Putih. Makan nasi putih sering dianggap menjadi salah satu punca berat badan seseorang itu mendadak naik.

Bahkan banyak kajian menunjukkan bahawa nasi mempunyai karbohidrat yang tinggi. Namun, ada juga kajian berpendapat nasi putih adalah pilihan makanan berkhasiat yang menyihatkan serta bukan menjadi punca utama kenaikan berat badan seseorang.

Sebenarnya nasi putih tidak bersifat menggemukkan selagi ia diambil dalam jumlah yang sedikit. Tambahan pula, nasi putih mengandungi banyak vitamin dan mineral. Jadi, anda tidak perlulah berdiet sampai langsung tidak mahu menjamah nasi putih.

 

Baca Juga: Tips Kurus Dengan Diet Protein

 

Anda harus faham, nasi putih akan bersifat ‘menggemukkan’ jika dijadikan nasi goreng ataupun disajikan bersama menu-menu lain yang mengandungi lemak tinggi. Nasi putih tidak akan membuatkan anda menjadi gemuk apabila anda bijak mengimbanginya dengan makanan rendah kalori yang lain.

Cuba hadkan pengambilan karbohidrat dan seimbangkan dengan pola makanan yang mengandungi protein dan serat. Perbanyakkan pengambilan kacang peas dan kacang buncis kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang sihat.

 

Baca Juga: Diet Sederhana

 

Kacang-kacangan juga termasuk ‘low glycaemic index’ yang akan membuatkan anda kenyang lebih lama serta menjaga gula darah tetap stabil. Selain itu, jika anda memiliki kadar gula yang tinggi dalam darah, anda sememangnya perlu mengawal pengambilan nasi putih.

Anda juga mungkin boleh bertukar nasi putih kepada beras merah. Beras merah atau perang mengandungi lebih banyak serat dan vitamin berbanding nasi putih. Bahkan, beras merah atau perang juga lebih mengenyangkan dan memberikan energi yang lebih banyak daripada nasi putih.

 

Info Ekstra!

Cara Sihat Turunkan Berat Badan

  • 1. Minumlah lapan gelas air putih setiap hari. Tetapi, jangan minum air sejuk. Apatah lagi, berais!
  • 2. Jika anda mahu makan nasi putih (karbohidrat), sebaiknya jangan disertai dengan ikan atau daging(protein). Sebaiknya cukup menikmati sayur-sayuran sebagai lauknya.
  • 3. Jangan makan selepas jam 6 petang atau tiga jam sebelum anda tidur.
  • 4. Elakkan makan makanan ringan. Sebaiknya perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.  Sayuran paling ideal ialah sawi putih dan brokoli.
  • 5. Sarapan pagi yang paling ideal untuk program diet ialah buah-buahan segar dan oatmeal.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Teringin untuk memiliki perut rata dan otot mantap? Baca di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Cekur Manis Udang Kering

Next post

4 Cara Memilih Bantal Ibu Mengandung Yang Bagus

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *