Petua PemakananSihat

Wah, Banyaknya Khasiat Petai!

Khasiat Petai - Women Online Magazine

Foto: morung

Pokok petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap.Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan.

Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia Speciosa mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang menyenangkan.Walaupun rasanya agak pahit jika dimakan mentah, tetapi ia sedap dimakan begitu bersama sambal belacan.Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.

Khasiat Petai

Stress berisiko mempercepatkan metabolisme tubuh dan mengurangkan kalium dalam tubuh. Kalium berguna untuk menstabilkan degupan jantung dan melancarkan aliran oksigen ke otak. Jadi, untuk menghilangkan stress, anda memerlukan kalium dan petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi.

  • Gigitan Nyamuk

Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk. Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.

  • Menyembuhkan Anemia

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi pengeluaran sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.

  • Ketuat

Letakkan biji petai pada bahagian yang terkena ketuat. Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.

Petai memiliki kandungan vitamin A yang cukup tinggi. Vitamin A bermanfaat untuk menjaga kesihatan kornea mata.

  • Berat Badan Yang Berlebihan

Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Petai mampu menstabilkan degupan jantung. Tekanan darah yang dijaga sempurna akan mengurangkan risiko diserang penyakit jantung dan strok. Kajian membuktikan pemakanan petai secara teratur mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sehingga 40%.

  • Kemurungan

Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih tenang, gembira dan emosi lebih stabil.

  • Penyejuk Badan

Petai boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, wanita hamil memakan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

Petai mengandungi serat yang berguna untuk melancarkan pencernaa. Bagi mereka yang sering mengalami masalah ini, memakan petai dapat membantu anda.

  • Merawat Deman Kuning

Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.

  • Meningkat Tumpuan

Kalium dalampetai mampu meningkatkan tumpuan dan kemampuan otal seterusnya berfungsi untuk membantu meningkatkan daya ingatan.

  • PMS

Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom didatangi haid.

<< Ketahui rahsia sebenar minyak almond di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kuruskan Peha Yang Besar Dengan Mudah

Next post

Jom Cuba! Resepi Nasi Arab

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *