Petua PemakananSihat

Khasiat Minyak Zaitun Cukup Menakjubkan!

Khasiat Minyak Zaitun - women online magazine

Zaitun adalah merupakan sejenis spesis daripada tanaman yang tertua di dunia. Minyak zaitun atau olive oil sangat terkenal dengan fungsinya yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit.

Minyak zaitun diperoleh dari buah dan biji zaitun yang matang. Ia pecah sendiri lalu menghasilkan minyak untuk kegunaan kecantikan wajah, kulit, rambut dan kesihatan.Khasiat minyak zaitun sememangnya tidak terkira. Jadi, WOM.my akan berkongsi beberapa khasiat minyak zaitun yang amat menakjubkan.

  • Penggunaan minyak zaitun dalam masakan boleh mengurangkan risiko kematian akibat penyakit. Ini adalah kerana minyak zaitun mengandungi antioksidan, phytosterol dan juga vitamin.
  • Para pengkaji juga yakin bahawa khasiat minyak zaitun dapat menurunkan risiko serangan kanser seperti kanser colon, kanser rahim, kanser kulit dan kanker ovarium, di samping pengambilan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
  • Minyak zaitun juga diyakini dapat mengurangkan sakit-sakit sendi.
  • Minyak zaitun juga boleh merawat gatal-gatal atau sebarang penyakit kulit. Sapu pada tempat yang bermasalah 3 kali sehari dan ia akan sembuh.
  • Ia berfungsi untuk merawat kulit dan sesuai dijadikan masker untuk menghilangkan parut jerawat dan melembutkan kulit.
  • Minyak zaitun merupakan sumber vitamin K. Vitamin K membantu meningkatkan kekuatan tulang dan ianya sangat baik bagi pesakit Alzheimer untuk merawat kerosakan sel saraf di bahagian otak.
  • Bukan itu sahaja, khasiat minyak zaitun terbukti untuk mengatasi keregangan kulit bagi ibu hamil. Sapukan minyak zaitun di kawasan yang bermasalah 3 kali sehari.

 

Minyak zaitun yang ada dipasaran telah diklasifikasikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:

  • Extra Virgin Olive Oil

Hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.

  • Virgin Olive Oil

Perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.

  • Pure Olive Oil atau Olive Oil

Melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.

  • Extra Light Olive Oil

Hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.

 

Resepi Skrub Badan Atau Wajah Menggunakan Minyak Zaitun

3 sudu minyak zaitun

2 sudu madu

½ cawan gula pasir

 

(Kemudian sapukan skrub ini di bahagian muka atau badan seperti biasa.)

 

  • Minyak zaitun (extra virgin) juga boleh diminum untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat atau LDL dan sebagainya. Tetapi rasa minyak zaitun amat meloyakan apabila masuk ke dalam tekak.

 

  • Tips untuk mengelakkan rasa loya itu adalah dengan menelan sesudu madu lebah selepas minum sesudu minyak zaitun.

 

Cara-Cara Untuk Mengekalkan Khasiat Minyak Zaitun:

 

Tutup rapat dan letakkan di tempat yang terlindung daripada cahaya dan sejuk. Cahaya dan haba adalah tidak baik kepada minyak zaitun. Ternyata khasiat minyak zaitun yang tiada tandingannya.

Foto: sekadar gambar hiasan

<< Ketahui khasiat daun belalai gajah yang mampu merawat penyakit kanser di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Penyakit Gout, Bukan Penyakit ‘Orang Kaya’! Anda Pun Boleh Terkena

Next post

Bersalin Dalam Air. Alternatif Baru Untuk Melahirkan Si Bayi, Tapi Selamat Ke?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *