Petua PemakananSihat

Lebih Awet Muda Dengan Khasiat Jambu Batu

Khasiat Jambu Batu - Women Online Magazine

Foto: cara

Jambu Batu atau nama saintifiknya Psidium Guajava, merupakan buah-buahan tropika. Pokok Jambu batu berasal dari keluarga “Myrtaceae”.Jambu Batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika.

Jambu Batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika.Di Malaysia, penanaman Jambu Batu secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

Khasiat Jambu Batu

  • Jambu Batu dipercayai menghilangkan rasa mual semasa mengandung.
  • Kandungan zat besi dan kalsium yang sederhana sesuai untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh.
  • Membantu pertumbuhan dan kecantikan kulit yang licin dan sihat.
  • Ia juga boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah.
  • Membantu penghadaman dan mengelak sembelit serta mengubati cirit-birit.
  • Jambu Batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi di dalam bentuk asid askorbik. Kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain.
  • Menurunkan paras gula dan kolesterol dalam darah.
  • Mengawal tekanan darah dalam badan.
  • Ia membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.
  • Bertindak sebagai ejen antioksida (melambatkan proses penuaan, awet muda, melawan kanser dan immuniti).
  • Jambu Batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Info Extra!

  • Buah Jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah.

Buah Jambu Batu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang banyak.

<< Ketahui pelbagai khasiat pisang kaki di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Penyebab Anak Anda Kerap Terkencing Di Malam Hari

Next post

Kebaikan & Bahaya Jika Anda Biarkan Bayi Tidur Meniarap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *