Petua PemakananSihat

Rawat Kanser Dengan Daun Belalai Gajah

daun belalai gajah - women online magazine

“Daun Belalai Gajah, apa tu?”

Mungkin ada yang pernah mendengar mengenai daun belalai gajah. Tak kurang, ada yang langsung-langsung tidak tahu dan tidak pernah dengar!

Tapi tahukah anda daun belalai gajah atau ‘sabah snake grass’ telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Daun belalai gajah ini lebih mudah ditemui di kawasan perkampungan.

Zat mineral yang terkandung di dalam daun tersebut mampu juga membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Cara-cara kegunaan daun belalai gajah mengikut peringkat penyakit:

  • Peringkat 1 :    30 daun setiap hari
  • Peringkat 2 :   50 daun setiap hari
  • Peringkat 3 : 100 daun setiap hari
  • Peringkat 4 : 150 – 200 daun setiap hari

 

Cara-cara membuat jus daun belalai gajah:

1. Masukkan setengah atau satu cawan air,beberapa ais batu dalam pengisar.

2. Tambah setengah biji air lemon.

3. Kemudian masukkan daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas.

4. Potongkan sebiji epal kepada lapan bahagian lalu masukkan kesemuanya di dalam pengisar itu. Jangan lupa untuk membuang kulit dan biji buah epal tersebut.

5. Kisarkan kesemua bahan tersebut sehingga halus dan terus diminum. Jangan biarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang.

6. Jika badan anda terasa sejuk,campurkan bahan tadi dengan sedikit hirisan halia.

7. Untuk hasil yang cepat,minumlah jus daun belalai gajah ini pada jam 4 pagi.

Jika pesakit sudah beransur sembuh, kurangkan penggunaan daun belalai gajah tersebut. Anda juga perlu berpantang ketika mengamalkan minum daun belalai gajah ini. Elakkan gula,madu,ikan kembung,daging ayam danitik,keladi,beras pulut,mentega,durian,sarang burung atau mana-mana herba yang lain.

Kredit foto: sekadar gambar hiasan

<< Ketahui pelbagai khasiat mahkota Dewa untuk kesihatan dan kecantikan anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Anda Boleh Kurus Dengan Jadual Pemakanan Diet Ini!

Next post

17 Tips Kempiskan Perut Buncit & Menggeleber Selepas Bersalin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. Elline
    July 28, 2016 at 3:22 pm — Reply

    Dimana yah saya bisa mendapatkan daun belalai gajah di jakarta ? Thankyou

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *