Petua Pemakanan

Bunga Lawang Banyak Khasiatnya. Kulit Kita Pun Boleh Jadi Bertambah Cantik

Bunga Lawang - Women Online Magazine-2

Bunga lawang merupakan sejenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Dipercayai berasal daripada Indochina dan Jepun, bunga lawang juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India.

Bunga lawang adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok yang tingginya boleh mencapai sehingga 8 meter. Bunga lawang sering dijadikan rempah untuk menyedapkan masakan sama seperti kulit kayu manis dan juga bunga cengkih.Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah dan beriani.

Khasiat Bunga Lawang

Manfaat yang terdapat pada bunga lawang adalah mampu kecantikan kulit. Ini kerana bunga lawang mempunyai kandungan sejenis minyak iaitu anethol. Minyak inilah yang mampu membuatkan kulit kita bertambah cantik.

Minyak bunga lawang juga memiliki sifat estrogen yang mampu mengelakkan wanita berasa sakit ketika haid.Ambil minyak bunga lawang dan sapukan di tempat yang sakit secara perlahan. Boleh juga diminum rebusan bunga lawang bersama asam jawa.

Dipercayai bunga lawang mampu melegakan radang selsema dan batuk.

  • Meredakan masalah perut

Sekiranya anda mengalami gangguan perut seperti kembung dan sembelit, banyakkan minum minyak bunga lawang bersama air hangat di pagi hari untuk melancarkan penghadaman.

Minyak bunga lawang memiliki pengaruh terhadap kawalan tekanan darah. Minyak ini boleh mengurangkan tekanan pada jantung dan menguatkan jantung kerana ia mempunyai khasiat yang tersendiri.

  • Menyembuhkan luka kecil

Jika anda mengalami luka kecil, minyak bunga lawing mampu mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan luka itu.

Ternyata bunga lawang bukan sahaja boleh dijadikan masakan tatapi juga boleh memberi manfaat untuk kesihatan. Selamat mencuba!

Kredit foto: sirigreenrich

<< Ketahui khasiat daun salam yang boleh menurunkan berat badan di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Jaga Badan Supaya ‘Maintain’ Kurus Tanpa Diet

Next post

BOSS SS 2015 Women Sunglasses Tampak Elegan & Cukup Memikat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *