Petua PemakananSihat

Putihkan Wajah Dengan Khasiat Beras Pulut

Beras Pulut - Women Online Magazine

Foto: vnofood

Pulut merupakan sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras tetapi warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak dan menjadikannya seakan melekit apabila dimasak.

Pulut ialah sejenis bijirin yang ditanam di Thailand, Jepun, Vietnam, China, dan Laos. Sekitar 85% daripada keluaran bijirin di Laos, merupakan beras pulut. Pulut tidak mengandungi gluten diet, iaitu tidak mengandungi glutenin dan gliadin. Apa yang membezakannya daripada jenis-jenis beras yang lain adalah ia mengandungi sedikit atau langsung tidak mengandungi sebarang amilose, tetapi sebaliknya banyak mengandungi amilopektin. Kedua-dua bahan tersebut merupakan bahan kanji. Amilopektin menyebabkan bijirin ini bersifat melekit.

Khasiat Beras Pulut

  • Membantu memulihkan kulit yang pucat dan kusam untuk kembali segar.
  • Kandungan zat di dalamnya membekalkan oksigen kepada sel-sel darah merah.
  • Menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati serta menghaluskan kulit wajah.
  • Membantu fungsi-fungsi otot, saraf, kelenjar thyroid dan sistem kekebalan tubuh, tindak-balas penyempurnaan (synthesis) protein dan DNA.
  • Menghilangkan kesan parut luka dan memutihkan wajah serta badan.
  • Mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6, vitamin terserap air dari kumpulan B-Kompleks. Vitamin-vitamin ini berperanan penting menyihatkan penglihatan, menghasilkan hormon dan amat berguna pada sistem saraf pusat dan fungsi metabolisma tubuh.
  • Mengembalikan seri kulit dan awet muda akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.

Info Ekstra!

Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah.

<< Ketahui kehebatan bunga teratai yang boleh merawat mata sembab ataupun merah di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Menghilangkan Kesakitan Gigi Bongsu

Next post

Ibu Hamil Tak Boleh Cabut Gigi? Baca Di Sini…

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *