Petua PemakananSihat

Kebaikan Luar Biasa Buah Delima Merah atau Red Pomegranate

kebaikan buah delima - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Kebaikan Buah Delima.Buah delima yang dikenali sebagai Superfood. Seperti permata biji (arils) telah digunakan untuk tujuan perubatan selama beribu tahun.

Makanan yang mempunyai antioksidan yang kuat dan vitamin iaitu buah delima merah ini telah terbukti menjadi penawar- semua untuk apa-apa penyakit.

 

Antara Kebaikan Buah Delima Buat Kesihatan 

1. Jus delima baik untuk kesihatan jantung

Buah delima dikatakan mempunyai kepekatan jus yang lebih tinggi antioksidan daripada sumber-sumber lain antioksidan pemakanan seperti jus anggur, jus blueberry, jus kranberi dan teh hijau.

Buah delima  dapat melindungi jantung kita berdasarkan  kajian ‘Proceedings of the National Academy of Sciences’ menyatakan  ia mampu mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke.

Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri serta berupaya meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri.

 

2. Mencegah kanser

Selain itu, buah delima  juga memiliki khasiat mencegah dan mengubati pelbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sihat. Ekstrak dari biji delima yang berkhasiat dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.

Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum  205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti terapi hormon.

 

Baca Juga: Kanser Serviks

 

3.Membantu penghadaman perut

Jus buah delima dikatakan mendorong rasa lapar dan juga boleh mengawal dahaga.  Boleh menjadi minuman pilihan yang tepat dalam keadaan cuaca panas.Selain itu, jus delima juga mampu melegakan jangkitan saluran kencing dan memudahkan pengaliran air kencing.

Memandangkan tidak mempunyai lemak tepu atau kolesterol, jus delima amat disyorkan buat mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan.

 

Baca Juga: Penyebab Sukar Buang Air Besar

 

4.Menghilangkan parut di kulit

Berupaya menyembuhkan parut kerana jus buah delima membantu untuk pertumbuhan semula sel-sel dalam lapisan kulit. Buah delima mempunyai keupayaan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Ia juga melindungi kulit daripada terbakar matahari dan menyembuhkan kerosakan yang disebabkan kepada kulit akibat pendedahan berterusan kepada matahari.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga tahu kebaikan buah delima.

<< Jom ketahui kebaikan teh hijau untuk kesihatan anda di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Inspirasi Gaya Tudung

Next post

Lakukan Sekarang! Langkah Mudah Menjaga Kesihatan Diri Ketika Jerebu Melanda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *