Petua PemakananSihat

Ketahui 5 Cara Paling Mudah Turunkan Kolesterol

Kolesterol - Woman Online Magazine

Kredit: cloudfront

Cara Turunkan Kolesterol. Sudah pasti anda ingin tahu cara paling mudah tanpa perlu makan sebarang ubat untuk menurunkan kolesterol.Biasanya kolesterol dapat diturunkan dan dicegah sebelum menjadi kolesterol jahat dalam tubuh yang boleh mengundang pelbagai penyakit seperti jantung dan strok.

Kolesterol dalam darah boleh menjadi semakin meningkat disebabkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak tepu dan gaya hidup yang tidak teratur dan seimbang.

Sumber makanan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah ialah seperti kuning telur, sotong, otak lembu, telur puyuh, santan,coklat, mentega, tiram dan minuman keras.

Berikut beberapa cara turunkan kolesterol:

 

  1. Bersenam

Senaman secara teratur boleh meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat sebanyak lima peratus. Jika anda ingin menurunkan kolesterol, pilih aktiviti yang boleh meningkatkan degupan jantung anda seperti berenang, berjogging dan berkebun. Lakukan 30-40 minit pada setiap hari.

 

  1. Makan Ikan

Ikan mengandungi asid lemak Omega 3 yang dapat menurunkan kadar ‘triglyceride’, sejenis lemak dalam darah yang berkaitrapat dengan penyakit jantung. Selain itu, Omega 3 juga dapat membantu mengurangkan kolesterol dan memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Ikan mengandung Omega 3 termasuk salmon, tuna atau sardin.

 

  1. Cuka Epal

Cuka epal dikatakan mampu membantu meningkatkan sensitiviti insulin pada pesakit diabetis mellitus tahap dua. Cuka epal yang diambil atau diminum dnegan teratur dikatakan membantu menurunkan kolesterol tinggi dan membantu meningkatkan kolesterol baik.

 

  1. Sayur Bayam

Bayam mengandungi lebih kurang 13 senyawa flavonoid yang menjauhkan anda daripada kanser, penyakit jantung dan osteoporosis. Pengambilan sayur bayam yang mencukupi mampu menjaga diri anda daripada serangan jantung.

 

  1. Buah Avokado

Buah avokado merupakan salah satu buah yang mengandungi asid ‘oleat’ dan juga lemak tak tepu, serta mengandungi ‘dietary fiber'. ‘Dietary fiber' ini boleh membantu dalam meningkatkan kolesterol sihat dan menurunkan kolesterol jahat.

<< Ketahui jenis makanan yang boleh buat anda cepat tidur di sini.

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Punca Terjadinya Bintik Hitam Di Wajah

Next post

Cara Buang Lemak Di Perut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *