Petua PemakananSihat

Cantik, Sihat & Penuh Ghairah Berkat Buah Pala

buah pala - women online magazine

Buah Pala merupakan tanaman herba yang sangat berkhasiat dan multiguna.

Buah Pala sangat terkenal sejak dahulu kala. Buah, biji dan kulitnya dikatakan bermanfaat untuk kesihatan kerana ia mengandungi pelbagai zat. Antara zat yang terkandung di dalam buah pala ini adalah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin C, vitamin B1, saponin, polifenol, flavonoid.

Buah pala ini bukan sahaja popular dan dijual dalam bentuk jeruk dan manisan tetapi  ia juga dijadikan serbuk dan dijadikan sebagai penyedap roti atau kuih,sos,sayuran dan minuman penyegar.

Manfaat Buah Pala Untuk Kesihatan

Buah pala juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.

  • Menyembuhkan Luka Kecil

Caranya adalah dengan mencampurkan sedikit susu dengan serbuk buah pala sehingga menjadi seperti pes. Kemudian letakkan adunan tadi pada luka. Ia juga dapat mengurangi kemerahan dan bengkak pada luka itu.

Sabun buah pala pula boleh mengubati sakit-sakit sendi. Getah yang keluar dari buahnya pula boleh dijadikan air kumuran untuk menghilangkan ulser atau ‘mata ikan’ di mulut.

  • Memperbaiki Emosi

Kajian yang dilakukan oleh terapi seks mendapati buah pala mampu memberikan mood yang baik kepada seseorang disamping membangkitkan rasa ghairah.

Ambil satu atau dua titis minyak pala lalu sapukan pada sekitar gigi atau gusi yang sakit menggunakan kapas atau ‘cotton bud’. Lakukan sehingga sakit berkurangan.

  • Menghilangkan Rasa Letih & Sengal Badan

Minyak buah pala juga biasa digunakan sebagai minyak urut. Ia dapat menghilangkan rasa sengal-sengal badan dan menghilangkan keletihan.

Minyak pala dapat melegakan saraf pada otak sehingga membantu menghilangkan tekanan.

  • Mengubati Masalah Penghadaman

Kulit buah pala merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau ubat salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sembelit, cirit birit,sakit kepala, selsema, disengat serangga dan sebagainya.

Selain itu,beberapa titis minyak buah pala yang dicampur dengan sesudu madu dapat mengubati masalah penghadaman dan perut kembung.

  • Mengubati Mual & Muntah

Campurkan buah pala yang telah disagat halus dengan air panas. Kemudian minum air tersebut bila sudah suam.

  • Mengubati Iritasi Pada Kulit

Minyak buah pala biasa digunakan untuk mengubati iritasi kulit seperti kurap dengan cara menyapukan minyak buah pala tersebut pada kulit yang mempunyai masalah.

Rebusan biji buah pala juga dipercayai boleh mengatasi masalah susah hendak tidur.Cara yang lain adalah rebuskan susu segar sehingga mendidih.Kemudian campurkan buah pala yang telah disagat halus dengan madu,gula batu dan juga susu segar yang telah direbus tadi. Tapiskan air tersebut dan minum.  Selain itu,minum segelas susu dengan taburan pala di atasnya boleh membuatkan seseorang itu mendapat tidur yang lena.

Kesimpulan

Sungguhpun banyak khasiatnya, namun anda harus ingat,buah pala ini tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan gula yang amat tinggi.

Kredit foto: wikimedia

<< Anda teringin untuk memiliki bibir merah bak delima merkah? Baca petuanya

di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Roti Sarang Lebah Disaluti Sos Butterscotch

Next post

Mesti Pergi! Selami Keindahan Pulau Pangkor Yang Cukup Mendamaikan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *