Petua PemakananSihat

19 Rahsia Kehebatan Buah Manjakani

buah manjakani - women online magazine

Foto: Sekadar hiasan

Buah Manjakani. Ianya dikenali sebagai “herba ajaib” yang kaya dengan pelbagai khasiat, khususnya membantu elastik alat sulit wanita sejak zaman dahulu lagi.

Ramai wanita yang tahu khasiat buah manjakani ini, tetapi enggan mengamalkan pengambilan buah tersebut kerana rasanya yang amat pahit serta kelat.Tidak ramai  yang mampu untuk menelannya. Malahan, ada yang akan mengeluarkannya semula atau termuntah kerana tidak tahan dengan rasanya yang terlalu pahit itu. \

Jadi, sebab itulah ramai yang memilih untuk membeli jamu,ubat atau apa saja yang mengandungi khasiat buah ini yang telah siap diproses. Namun sejauh manakah keberkesanannya?

WOM.my berkongsi tentang khasiat buah manajakani khas untuk kaum wanita.Buah Majakani berasal dari pohon manjakani atau juga dikenali dengan pokok Oak. Pokok ini juga mempunyai nama yang lain iaitu Mecca Majakani.

Antara khasiat buah manjakani:

1. Merawat alat sulit wanita  

Buah majakani dapat membersihkan bakteria di kawasan organ intim wanita. Khasiatnya sangat bagus untuk mengatasi keputihan. Manjakani mengandungi tannin yang bagus untuk mengetatkan otot vagina, vitamin A dan C, kalsium, protein, serta mengandungi elemen astringent untuk membasmi bakteria penyebab keputihan. Khasiat lain yang didambakan oleh kaum wanita adalah untuk menambah ‘kerapatan' dan menjadikan lubang vagina lebih anjal.

 

Baca Juga:  Punca Vagina Gatal

 

2. Buah majakani digunakan sebagai ubat perancang kehamilan

Buah majakani sudah tidak asing lagi di kalangan wanita yang sudah berumahtangga. Meskipun buah majakani sendiri mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka, namun jika ia diolah semula fungsinya dapat mencegah kehamilan.

 

3. Membersihkan bakteria

Buah majakani berkhasiat untuk membersihkan bakteria di kawasan organ intim kewanitaan. Selain itu ia sangat bagus untuk mengatasi cairan berlebihan di kawasan Miss V dan membasmi bakteria penyebab keputihan. Untuk rawatan lanjutan buah majakani juga bagus untuk mencegah kanser serviks

 

4. Buah manjakani memberi kenikmatan seks

Buah manjakani berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu kekentalan organ intim wanita. Khasiat buah manjakani bukan saja dapat dirasakan oleh kaum hawa, tetapi secara tidak langsung ia juga membantu kepuasan sang suami ketika melakukan hubungan seks.

 

Antara khasiat lain buah manjakani adalah:

5. Awet Muda – Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan.

 

6. Mencegah Kencing Manis – Asid galik di dalam buah ini dapat mencegah kencing manis dan lelah.

7. Mencegah kanser payudara dan rahim – Antioksidan dalam buah manjakani boleh mencegah kanser buah dada dan kanser rahim.

8. Mencegah bau yang tidak diingini – Buah manjakani bersifat astringen, membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak enak pada Miss V.

9. Merawat otot-otot di dalam miss V – Tannin yang terdapat di dalam buah manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam Miss V dan menyebabkan ia menjadi sempit.

10. Mengurangkan lendir pada Miss V – Astringen juga mampu menyerap segala lendir pada miss v yang menyebabkan bau tidak enak.

11. Membersihkan lendir haid dan nifas – Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.

12. Mengetatkan otot – Astringen juga mengetatkan semula otot- otot di dalam Miss V terutamanya selepas bersalin.

13. Menegangkan dan mencantikan kulit – Astringen dalam buah manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

14. Mata yang sihat – Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas

15. Merawat payudara – Buah manjakani mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot dan buah manjakani dapat memperbaiki payudara yang kendur.

16. Gigi dan tulang – Kalsium dalam buah manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

17. Mulut – Astringen dalam buah manjakani dapat menjaga kebersihan mulut.

18. Kulit kering dan berminyak – Astringen juga dapat merawat kulit kering dan berminyak.

19.Melancarkan pembuangan air besar – Disebabkan buah manjakani mempunyai serat makanan, ia dapat melancarkan pembuangan air besar. Vitamin dan zat serta karbohidrat dan protein mampu meningkatkan kesihatan anda.

 

Info Ekstra!

Bagaimanakah cara merapatkan vagina buat wanita yang telah melahirkan anak dengan khasiat buah manjakani ini?

  • Rebus tiga biji buah manjakani dengan dua cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj anda. Amalkan setiap hari.
  • Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih, apabila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan telan bersama nasi yang masih panas. Amalkan selalu.
  • Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum.Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini dengan kawan-kawan wanita anda.

<< Ketahui khasiat yang tersembunyi di sebalik buah mangga di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kesan Makan Pil Perancang

Next post

Cara Betul Memilih Bedak Asas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *