Petua PemakananSihat

5 Rahsia Kebaikan Coklat Yang Anda Tidak Tahu

kebaikan coklat - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Adakah anda merupakan pengemar coklat. Pasti anda nak tahu apa rahsia di sebalik kebaikan coklat ini..

Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak. Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.

Antara kebaikan coklat adalah:

1.Coklat buat anda gembira dan cinta

Coklat juga mengandungi ‘phenylethylamine’ yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan ‘dopamine yang’ akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengapa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.

2. Coklat Untuk Kecantikan

Kebaikan lain daripada coklat adalah kecantikan. Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal. Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.

3. Tinggi Fibre dalam coklat.

Coklat membolehkan anda kenyang. Bayangkan anda dalam diet, anda mengidam KFC, ‘fried fries’, ‘wedges’, tetapi boleh makan coklat. Situasi ini membolehkan anda berasa kenyang dan tidak ingin makan ‘junk foods’ serta berusaha menjauhinya.

4. Kesihatan jantung dan stroke terjamin

Makan coklat banyak faedahnya. Mampu menurunkan kolesterol, jauhi  kita daripada penyakit jantung, diabetes serta mempunyai anti-oksidan. Menurut satu kajian, sesiapa yang ada sejarah stroke, coklat boleh mengurangkan kejadian stroke kepada 20%.

5. Perlindungan UV damage pada kulit anda.
Kulit dan mata menghadapi bahaya UV damage matahari. Bahan ‘Flavonoid’ dalam coklat memastikan anda dilindungi UV.

Coklat harus dimakan secara sederhana kerana mempunyai kandungan kalori dan gula yang tinggi, serta berlemak. Oleh kerana coklat hitam mengandungi lebih banyak koko dan gula yang kurang daripada coklat susu, jadi penggunaan coklat hitam lebih bermanfaat.

<< Jom ketahui kebaikan rumpai laut di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Kebaikan Minyak Ikan Untuk Kesihatan Anda

Next post

5 Kepentingan Memanaskan Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *