Petua PemakananSihat

4 Kebaikan Rumpai Laut ‘Ibu Kolegen’

kebaikan rumpai laut - women online magazine

Kredit Foto: 1q

Kebaikan Rumpai Laut. Rumpai laut yang dianggap ‘ibu kolegen' mentah kini semakin hari semakin popular.

Semakin hari semakin ramai, khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru,ungu dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

 

ANTARA KEBAIKAN RUMPAI LAUT ADALAH :

1. Baik untuk kulit

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Sifat alkali dalam rumpai laut tinggi disebabkan kehadiran mineral yang banyak dan pelbagai mineral lain seperti kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodin dan zink berbanding sayuran lain adalah baik untuk kesihatan kulit.

 

 

Baca Juga: Makanan Yang Baik Untuk Kulit

 

 

2. Berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.

 

 

Baca Juga: Krim Collagen

 

 

3. Mencantikkan kulit

Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik ini.

Ini kerana berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

 

 

Baca Juga: Kehebatan Produk Collagen

 

 

4. Merawat penyakit jantung dan masalah kolestrol.

Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung. Rumpai laut bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan yang membantu merendahkan kadar kolestrol. Ia turut mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

Rumpai laut terkenal dengan sifat alkali yang kuat. Ia mengandungi protein yang tinggi dan beberapa mikronutrien yang hampir sama dengan bayam. Di Malaysia mungkin ia belum cukup terkenal berbanding Jepun. Rumpai laut adalah sejenis sayuran yang sangat popular di sana. Ia hidup di kawasan air masin dan cetek bagi mendapatkan cahaya matahari yang cukup.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga tahu tentang kebaikan ibu kolegen ini.

<< Jom ketahui kebaikan buah delima untuk kesihatan anda di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kena Baca! Tips Berpakaian Yang Betul Buat Anda Yang Bertubuh Gemuk

Next post

Sering Sesak Nafas? Ketahui 5 Puncanya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *