ProblemSihat

Penyebab Utama Gigi Berlubang

Penyebab gigi berlubang - woman online magazine

Kredit : heartyoursmile

Gigi berlubang boleh terjadi kepada semua peringkat usia manusia, daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Gigi berlubang juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering dijumpai.

Gigi berlubang boleh menimbulkan rasa sakit yang tidak terperi. Bahkan rasa sakit yang disertai dengan rasa perit dan ngilu yang cukup menyeksakan.Biasanya rasa sakit tersebut muncul ketika lubang pada gigi sudah terlalu dalam dan mengenai salah satu saraf gusi yang boleh menyebabkan rasa perit.

Ada beberapa perkara yang menjadi penyebab gigi berlubang, misalnya pengambilan makanan manis dan perbuatan yang salah terhadap penjagaan gigi.

Berikut beberapa punca atau penyebab gigi berlubang yang perlu anda ketahui:

  1. Cara Memberus Gigi Yang Salah

Sebenarnya masih ramai di antara kita yang memberus gigi dengan cara yang salah. Memberus gigi sebaiknya dilakukan selama satu hingga dua minat. Cara memberus gigi yang betul adalah bermula dari atas ke bawah dan buaknnya dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Sebaiknya memberus gigi di depan cermin supaya anda boleh nampak kekotoran tersebut dan lebih mudah untuk membersihkannya.

  1. Penggunaan Berus Gigi Yang Kurang Tepat

Memilih berus gigi yang tidak sesuai dengan karakter  rongga mulut juga boleh menjadi penyebab gigi berlubang. Berus gigi yang tidak sesuai menyebabkan sisa-sisa makanan di celahan gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna. Apatah lagi, jika bulu berus gigi yang dipilih terlalu kasar. Oleh sebab itulah, anda disarankan memilih bulu berus gigi yang lembut dengan ‘kepala’ mengecil. Ini adalah kerana ke dalam ruang gigi dalam mulut semakin mengecil.

  1. Gula Dan Bakteria

Ada yang mengatakan gigi berlubang terjadi disebabkan dimakan ulat. Hakikatnya antara penyebab gigi berlubang disebabkan oleh gula dan bakteria. Ini adalah kerana bakteria akan mengubah gula daripada sisa-sisa makanan menjadi asid dan membuatkan kawasan mulut menjadi asid. Asid inilah yang kemudianya membuat lubang kecil pada gigi yang mana akhirnya menjadi lubang yang lebih besar setelah kemasukan sisa-sisa makanan. Pada ketika itulah juga rasa sakit dan perit mula datang, terutama ketika anda mengunyah.

Tips Untuk Mencegah Gigi Berlubang

  • Berus gigi paling kurang dua kali sehari. Pagi dan malam hari adalah waktu yang disarankan untuk memberus gigi. Sebaiknya gunakan ubat kumur setelah memberus gigi untuk mengurangkan pembiakan bakteria yang berpotensi merosakkan lapisan gigi.
  • Pastikan anda memberus gigi dengan betul. Gosoklah gigi dari atas ke bawah untuk gigi depan atas, ke arah atas untuk gigi depan bawah, dan berus secara mendatar bagi gigi geraham. Bersihkan gigi geraham secara menyeluruh kerana sisa-sisa makanan biasanya lebih banyak menempel di gigi geraham.
  • Salah satu penyebab gigi berlubang adalah keadaan asid rongga mulut yang disebabkan oleh bakteri. Untuk mencegah asid mulut, berkumurlah beberapa saat setelah makan untuk mengurangi sisa-sisa makanan yang melekat di celahan gigi. Gunakan ubat kumur yang mengandungi anti-bakteria bagi mengawal perkembangan bakteria yang menjadi penyebab gigi berlubang.
  • Kurangkan pengambilan makanan manis kerana ia mempengaruhi asid rongga mulut yang boleh menjadi penyebab gigi berlubang. Sekiranya anda tidak dapat menghindari pengambilan makanan manis, anda disarankan segera berkumur setelah menikmati  makanan tersebut.

Sisa-sisa makanan yang tertinggal, terutama di gigi bahagian depan sebaiknya dibersihkan menggunakan benang gigi daripada pencungkil gigi. Menggunakan benang gigi relatif lebih selamat kerana hujungnya tidak tajam. Menggunakan pencungkil gigi boleh melukai gusi dan menyebabkan celah gigi menjadi semakin melebar sehingga makanan mudah terselit.

<< Ketahui tips putihkan gigi dengan buah-buahan di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Biskut Chocolate Chip Rangup

Next post

7 Khasiat Kacang Hijau Yang Berguna Untuk Kesihatan Tubuh

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *