KewanitaanSihat

Penyamun Fertiliti : Sumpahan Fibroid…

fibroid  - woman online magazine

Kredit : doctoroz

Hai! Kita berjumpa lagi di satu lagi ‘cerita’ mengenai kesihatan wanita.Anda mungkin sudah pernah menonton filem ‘Pirates of The Caribbean: The Curse of The Black Pearl’. Sumpahan Raja Astec menjadikan lanun-lanun yang mencuri wang emasnya tidak dapat hidup mahupun mati.

Hari ini, saya akan ceritakan mengenai satu lagi sumpahan dari zaman silam yang masih lagi menghantui wanita hari ini… Sumpahan Fibroid.Sejarah perubatan telah mencacatkan kewujudan fibroid sejak zaman Hippocrates (460-375 BC) . Pada masa itu , ianya dikenali sebagai ‘uterine stone’ atau ‘batu rahim’. Pembedahan yang pertama untuk fibroid dilakukan terhadap sepupu Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln pada tahun 1809. Perkataan fibroid diperkenalkan pada tahun 1860.

Mungkin anda sudah mulai bertanya-tanya, “Ok,ramai wanita ada fibroid, jadi di mana sumpahannya?”

Sumpahan fibroid ini datang sebagai masalah infertiliti atau tidak dapat hamil. Walaupun pada zaman moden ini, infertiliti adalah masalah yang bukan sekadar mimpi nyeri sahaja. Hari ini saya akan menerangkan mengenai sumpahan ini.

Rahim wanita terdiri daripada otot yang dipanggil ‘myometrium’. ‘Myometrium’ ini pula terdiri daripada banyak utas-utas otot yang kecil.

fibroid 2 - woman online magazine
Kelahiran fibroid ini disebabkan oleh perubahan pada genetik oto-otot ini. Perubahan genetik ini menyebabkan oto-otot ‘myometrium’ ini membesar secara berlebihan dan membentuk fibroid.Sebagaimana sifat ketamakan pada seorang lanun, hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen menyebabkan fibroid ini membesar.

Walaupun begitu, fibroid masih boleh membesar walaupun hormon estrogen tidak tinggi. Ini mungkin kerana hormon lelaki dikenali sebagai ‘androgen’ ditukarkan kepada estrogen di dalam badan wanita. Oh ya, wanita juga ada hormon lelaki di badan mereka !

Masalahnya, fibroid boleh menjadi pembunuh dalam diam-diam. Wanita mungkin ada fibroid tanpa mengetahui mengenainya. Ini kerana bukan semua fibroid yang menonjolkan dirinya. Adakah fibroid itu memberi masalah pada wanita itu bergantung kepada lokasi dan saiznya.

Biasanya, fibroid yang terletak berhampiran dengan lapisan dalam dindind rahim (endometrium) , yang mengubah bentuk normal kaviti rahim akan menyebabkan perdarahan haid yang banyak.

Yang lebih pentingnya, fibroid yang sedemikian boleh menyebabkan masalah infertiliti. Fibroid yang besar ( contohnya > 5cm) , boleh menyebabkan sakit pelvis.Fibroid yang besar boleh juga menekan pada pundi kencing dan rahim dan menyebabkan masalah susah untuk buang air kecil dan besar.

Kajian saintifik menunjukkan peluang kehamilan menigkat selepas operasi pembuangan fibroid. Sekarang saya ingin menceritakan cerita sebalik tabir bagaimana fibroid menjadi penyamun fertiliti.

Selepas hubungan seks, sperma didepositkan ke dalam vagina. Sperma kemudiannya akan mencari jalan berenang melalui leher rahim ( serviks) ke dalam rahim. Fibroid yang besar mungkin akan mengubah kedudukan serviks dan sekaligus mengurangkan sperma yang dapat berenang ke dalam rahim.

fibroid 3 - woman online magazine

Sperma yang masuk ke dalam rahim perlu berenang jauh untuk bertemu dengan telur wanita. Fibroid yang menganggu kaviti rahim boleh mengganggu sperma dalam misinya untuk bertemu dengan telur.Selepas sperma berenang di sepanjang rahim, ia akan memasuki satu saluran dipanggil saluran Fallopian. Di saluran inilah sperma akan bertemu dengan telur. Fibroid yang terletak dekat dengan pintu masuk saluran Fallopian boleh mengganggu proses kemasukan sperma ke dalam saluran ini. Kesian pula sperma ini…

Telur wanita, selepas dilepaskan daripada ovarium akan masuk ke dalam saluran Fallopian. Di sini pun, lanun fibroid ini dapat mengubah kedudukan diantara ovarium dan saluran Fallopian. Keadaan ini dapat menyulitkan kemasukan telur ke dalam saluran Fallopian.

Apabila sperma berjaya menemui telur, embrio atau kehidupan terawal bayi terbentuk. Embrio ini kemudiannya perlu berenang masuk balik ke dalam kaviti rahim. Tetapi embrio ini tidak menyangka bahawa si lanun fibroid yang terletak berhampiran dengan ‘endometrium’ telah pun mengganggu rongga kaviti rahim. Ini menyulitkan embrio untuk menempel atau melekat pada ‘endometrium’. Embrio perlu melekat kepada ‘endometrium’ sebagai syarat untuk membesar menjadi bayi.

Menjadi tabiat lanun, si lanun fibroid ini akan berkata, “Ambil semua, jangan tinggalkan apa –apa!” Bagaimana untuk melawan si lanun ini? Itu adalah cerita untuk masa yang lain..

Seperti kata Kapten Jack Sparrow ,” Savvy?” …

Reference: American Society of Reproductive Medicine.

Artikel ditulis oleh: Dr.A.Agilan MRCOG dan Dr.S.Selva FRCOG

 

<< Ketahui 4 jenis senaman yang boleh mengetatkan faraj di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Cara Memilih Warna Lipstik Yang Tepat Untuk Anda Yang Berbibir Gelap

Next post

Tips Memakai Hijab Buat Anda Yang Berbadan Besar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *