ProblemSihat

Anak Anda Terkena Penyakit Disleksia? Semak Di Sini!

Penyakit Disleksia - woman online magazine

Kredit : abcnews

Penyakit Disleksia. Apa yang anda tahu tentang penyakit disleksia ini?

Buat pengetahuan anda, disleksia bukan suatu penyakit. Sebaliknya ia adalah kesukaran atau ketidakmampuan pada seseorang untuk belajar. Disleksia menyebabkan seorang anak itu mengalami kesukaran untuk membaca dan menulis.

 

Berikut beberapa petanda yang menggambarkan anak anda mungkin disleksia.Semak!

 

  • Anak anda nampak cergas dan pandai, tetapi kemampuan membaca, menulis dan bercakap, rata-rata berada di paras bawah teman-teman sebayanya.

 

  • Mempunyai kemampuan bercakap yang bagus, tetapi keputusan dalam peperiksaan menunjukkan hasil yang teruk.

 

  • Disebabkan adanya masalah dalam kemampuan membaca, prestasi akademiknya sering menjadi antara yang tercorot di dalam kelas.

 

  • Selalu merasakan dirinya bodoh dan memiliki harga diri yang rendah.

 

  • Mempunyai masalah yang berkaitan dnegan kosentrasi, sering mengelamun dan mudah terlupa dengan waktu.

 

  • Lebih berbakat dalam bidang lain seperti seni, drama, muzik dan sukan.

 

  • Lebih cepat memahami dengan mendengar dibandingkan dengan membaca.

 

  • Cenderung menghafal ejaan, tetapi tidak dapat menulisnya setelah beberapa saat.

 

  • Sering melakukan kesalahan menulis ketika diminta menyalin dari buku atau papan hitam.

 

  • Ketika membaca dengan kuat, anak cenderung mengabaikan tanda baca atau membaca sangat lambat dan tidak berurutan.

 

  • Memegang pensil dengan cara yang nampak pelik.

 

  • Meletakkan kepala di meja untuk melihat hujung pensil ketika menulis.

 

  • Sering mengalami kebas tangan kerana mencengkam pensil terlalu kuat.

 

  • Perkataan yang ditulis dengan sangat rapat atau terpisah terlalu jauh.

 

  • Memerlukan masa yang sangat lama untuk menyalin tulisan.

 

Kesimpulan

Ibubapa perlu mengenal pasti adakah anak anda tersenarai dalam kategori anak-anak disleksia. Jika ‘ya’, masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana ia boleh menyebabkan anak-anak berasa stress dalam mengharungi kehidupan mereka apabila dewasa kelak.

Apatah lagi, disleksia berpotensi menyekat ruang pekerjaan dalam hidup mereka nanti.Sebagai orang tua anda perlu mendidik mereka dengan penuh perhatian. Ajak anak untuk membaca dan jangan biarkan sampai mereka kehilangan minat. Motivasi mereka untuk lebih berusaha.

Peranan ibubapa dan juga guru sangat penting dalam menangani masalah anak disleksia ini.Ingat, disleksia bukan kesalahan mereka dan mereka juga tidak minta jadi begitu. Jadi,didiklah mereka dengan cara yang terbaik!

 

<< Ketahui kesalahan mendidik anak yang biasa terjadi dalam kehidupan kita di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Serum Untuk Wajah Perlu Dipakai Dengan Betul

Next post

5 Cara Menyuburkan Rambut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *