ProblemSihat

Pedih Ulu Hati. Dada Terasa Seperti Terbakar! Ketahui Punca & Rawatannya

Pedih Ulu Hati - Women Online Magazine

Pernahkah anda merasakan dada anda seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bahagian dada ataupun di bahagian tengah perut di bawah permukaan dada?

Jika ya,anda sebenarnya menghadapi masalah pedih ulu hati. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.

Apa Itu Pedih Ulu Hati?

Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala rasa sakit itu boleh dirasai sehingga dari dada ke leher, tekak dan juga rahang. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung.

Bagaimana Pedih Ulu Hati Boleh Terjadi?

Pedih ulu hati adalah disebabkan oleh refluks asid daripada perut ke dalam esofagus. Esofagus adalah satu tiub atau saluran yang menghubungkan mulut dan perut anda dan fungsinya adalah menyalurkan makanan yang anda makan terus ke dalam perut.

Pedih ulu hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakitnya akan berkurang sekiranya anda berdiri tegak, minum air atau menelan air liur ataupun mengambil ubat-ubatan untuk melegakan pedih ulu hati.

Punca Pedih Ulu Hati

  • Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat.
  • Pengambilan minuman alkohol dan kafein.
  • Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak mengunyah dengan perlahan.
  • Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan.
  • Diet rendah serat.
  • Mengalami tekanan dan kemurungan.
  • Berat berlebihan,
  • Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang,contohnya tali pinggang.
  • Mengandung.
  • Merokok.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti aspirin, alendronate, risedronate, doxycycline dan minocycline.

Tanda Pedih Ulu Hati

  • Rasa terbakar di bahagian dada di bawah tulang dada.
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan.
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak.
  • Batuk yang teruk.
  • Suara menjadi serak.
  • Nafas berbunyi seperti anda terkena serangan asma.

Rawatan Pedih Ulu Hati

Ubat-Ubatan

Terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh membantu anda dalam masalah ini. Antara ubat yang sering diberikan oleh doktor adalah:

  1. Antacid – meneutralkan ph dan merendahkan kandungan asid,mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala.
  2. Proton pump inhibitors (omeprazole), H2 receptor blocker (ranitidine) – mengurangkan penghasilan asid dalam perut anda.
  3. Gaviscon – meningkatkan ph anda dan melindungi lapisan mukosa daripada tindakan asid serta mengurangkan refluks asid ke dlm esofagus.
  4. Metaclopramide – diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.

Pembedahan

Pembedahan diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan memberhentikan tindak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.

Langkah Pencegahan Pedih Ulu Hati

  • Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.
  • Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
  • Amalkan makan makanan dalam jumlah yang sedikit.
  • Kunyah makanan dengan perlahan-lahan dan elakkan dari terus menelan.
  • Jangan makan dalam keadaan tekanan kerana ia akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
  • Berhenti merokok.
  • Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok.
  • Jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan.

Petua Tradisional Menghilangkan Pedih Ulu Hati

Petua 1

Ambil 1 sudu teh soda bikarbonat lalu dicampurkan ke dalam segelas air dan kemudiannya diminum. Soda yang bersifat alkali dapat menaikkan pH yang berasid.

Petua 2

Ambil 1 biji limau nipis. Kemudian baca surah Al-Kauthar 3 atau 7 kali dan belah limau nipis itu. Sapukan kapur sirih pada belahannya. Akhir sekali,sapukan adunan itu pada pada ulu hati di bahagian tengah dada.

Kesimpulan

Sekiranya pedih ulu hati anda tidak juga kurang walaupun ubat telah diambil,segeralah dapatkan rawatan dengan doctor anda.

Kredit foto: vertassets.blob.core.windows.net

<< Apa dah jadi apabila haid anda datang tiga atau empat kali setahun? Selanjutnya baca di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Cuba! Senaman Besarkan Otot Untuk Anda Lebih 'Fit'

Next post

Daun Parsley Membersihkan Buah Pinggang Secara Semulajadi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *