ProblemSihat

Ingin Tahu Punca & Cara Meredakan Gusi Bengkak? Baca Di Sini…

gusi bengkak - women online magazine

Banyak punca atau penyebab gusi bengkak.Tentu ada di kalangan kita yang pernah mengalaminya. Sengsaranya hanya Tuhan sahaja yang tahu!

Ada juga individu yang tidak menyedari gusinya bengkak kerana tidak berasa sakit. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya akan menyebabkan rasa amat tidak selesa terutama waktu hendak menjamu sebarang makanan.

Penyakit gusi bengkak ini bermula dengan sedikit keradangan pada gusi dan melarat hingga merosakkan tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi. Bakteria menyebabkan keradangan gusi bengkak ini yang dinamakan gingivitis di mana gusi menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah.

Punca Gusi Bengkak Terjadi

1. Kebersihan Mulut

Kebersihan mulut menjadi hal utama yang harus diperhatikan dalam menjaga kesihatan mulut dan juga mengatasi gusi yang bengkak. Bermula pada saat anda makan maka sisa makanan akan melekat pada pada celah-celah gigi dan gusi yang meningkatkan risiko terjadinya gusi bengkak. Oleh itu,selalulah berus gigi anda setiap kali selepas makan. Fokuskan juga memberus bahagian lidah dan kawasan sekitar mulut.

2. Pemakaian Braces

Pemakaian pendakap gigi atau ‘braces’ juga merupakan salah satu penyebab utama terjadinya gusi bengkak. Jika braces dipasang terlalu rapat dengan gusi,maka ia akan memberikan tekanan yang membuat gusi bengkak dan berlakunya iritasi.

3. Pemakanan Yang Tidak Sihat

Amalkan makan makanan yang tidak sihat seperti makanan yang mengandungi banyak gula merupakan punca tercetusnya gusi bengkak. Oleh itu,tukarkan diet anda dengan makanan yang seimbang dan hindarilah makanan yang mengandungi banyak gula.

4. Kekurangan Vitamin

Kekurangan vitamin terutamanya Vitamin C merupakan punca gusi bengkak.

5. Kehamilan

Tempoh kehamilan merupakan masa yang sangat berpotensi untuk gigi anda rosak dan juga juga terjadinya pembengkakan gusi. Hal ini terjadinya kerana ibu hamil biasanya mengalami kekurangan kandungan gizi dalam badan disebabkan zat tersebut disalurkan ke janin yang sedang dikandungnya.

 

Tanda Gusi Bengkak

 

Tips Mengubati Gusi Bengkak

Larutan Air Garam

Tambahkan satu sudu makan garam pada segelas air suam dan kacau hingga hancur. Kemudian kumurkan air garam selama beberapa minit.Ulangi proses ini beberapa kali sehari untuk meredakan gusi bengkak.

Air Perahan Lemon

Perah satu buah lemon ke dalam segelas air suam. Kemudian kumurkan air perahan lemon ini selama beberapa minit 2-3 kali sehari.

Bersihkan Gigi Dengan Benang Gigi, Flos

Gunakan benang gigi untuk membersihkan sisa makanan dari celah-celah gigi anda. Ini kerana sisa makanan yang tidak dibersihkan akan mencetuskan gingivitis atau penyakit yang menyebabkan gusi bengkak dan berdarah.

Ambil Vitamin Setiap Hari

Antara punca gusi bengkak ialah kekurangan vitamin dalam tubuh. Oleh itu, amalkan makan vitamin C,asid folik atau zat besi setiap hari.

Urut Gusi

Cara lain untuk meringankan pembengkakan gusi adalah dengan mengurut gusi menggunakan ‘cotton buds’. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari untuk meningkatkan aliran darah ke gusi.

Madu

Cara mengubati sakit gusi bengkak yang seterusnya adalah menggunakan madu. Madu adalah makanan yang memiliki banyak zat . Sapukan madu pada gusi yang bengkak 3 kali sehari.

Banyak Minum Air Putih

Perbanyakkan minum air putih untuk mengurangi bakteria pada mulut . Malah air putih dapat menggantikan fungsi air liur yang berkurangan.

Kunyit Hidup

Rendamkan kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan seketika sampai sejuk, kemudian kumurlah dengan air rendaman tersebut.

Umbut Nanas

Hancurkan umbut nanas dan campurkan sedikit dengan garam halus. Kemudian,tampal pada bahagian gusi bengkak.

 

Rawatan Gusi Bengkak

Tujuan utama rawatan penyakit gusi adalah mencegah berlakunya jangkitan. Terdapat pelbagai jenis rawatan mengikut keparahan penyakit gusi tersebut. Pembedahan akan dilakukan apabila tahap kesihatan periodontium yang baik tidak dicapai. Terdapat beberapa pembedahan untuk penyakit periodontium termasuk:

  • Pembersihan terbuka

Kalkulus dibuang dari permukaan akar gigi di dalam poket.

  • Grafting tulang

Tulang pesakit atau tulang tiruan diletakkan dalam kawasan yang terlibat (contoh: kawasan kehilangan tulang).

  • Regenerasi Tisu Terkawal

‘Membran' diletakkan di antara tulang dan gusi untuk menggalakkan pertumbuhan tisu periodontium.

Foto: Sekadar gambar hiasan

<< Ketahui tips penjagaan gigi agar putih, bersih dan bebas daripada karang gigi di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Pewarna Rambut Punca Kanser Payudara?

Next post

Tips Kekalkan Kecantikan Kulit Ketika Bercuti Terutama Dalam Cuaca Panas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. teeqah
    March 12, 2018 at 6:43 pm — Reply

    kalau bengkak sbb pakai braces boleh guna method yang dicadangkan jugak ker .,, or kena rujuk balik pakar ortho

    • May 4, 2019 at 12:18 pm — Reply

      Sebaiknya rujuk kepada pakar supaya pihak puan mendapatkan info yang tepat dan rawatan selanjutnya.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *