ProblemSihat

7 Tips Menghilangkan Bau Mulut Ketika Bangun Pagi

 

Menghilangkan Bau Mulut - Women Online Magazine

Siapa yang tidak mahu memiliki bau nafas yang segar. Namun, situasi ini sangat sukar untuk dicapai terutama apabila kita bangun tidur di pagi hari.Ramai yang berpendapat ‘morning breath’ adalah perkara yang normal.

Ini membuatkan ramai yang tidak berusaha untuk mencegahnya. Padahal ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan bau mulut.Apa yang menyebabkan bau mulut atau ‘morning breath’? Sewaktu kita sedang lena atau tertidur, banyak bahagian dari tubuh kita yang berhenti atau bekerja dengan perlahan-lahan dan kelenjar saliva(air liur) merupakan salah satu daripadanya.

Saliva memainkan peranan penting untuk melawan nafas yang tidak segar kerana kaya dengan oksigen dan ia dapat membunuh bakteria anaerob. Saliva juga berperanan untuk menyingkirkan sisa-sisa makanan dari dalam mulut, sewaktu saliva ditelan. Dengan berkurangnya jumlah saliva ketika tidur, jadi kadar oksigen akan berkurangan dan kitaran saliva untuk membersihkan sisa makanan dari mulut juga turut berkurangan.

Untuk menghilangkan bau mulut, ada satu perkara yang wajib anda lakukan sebelum tidur iaitu memastikan mulut anda sudah bersih daripada plak dan sisa-sisa makanan yang melekat di dalam mulut. Sisa-sisa makanan tersebutlah yang menjadi ‘bahan bakar’ pembiakan bakteria. Bau mulut sememangnya boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri dan berasa serba tak kena ketika berbicara. Bagi anda yang mengalami masalah ini, WOM.my cuba membantu dengan beberapa tips yang boleh anda praktik.

  1. Rajin Memberus Gigi

Anda perlu pastikan tiada sisa-sisa makanan di dalam mulut. Anda perlu rajin memberus gigi serta melakukan flossing pada celahan gigi. Pastikan anda melakukannya paling kurang dua minit. Jika kurang daripada itu, jadi tidak hairanlah mengapa anda mengalami bau mulut.

  1. Membersihkan Lidah

Menurut beberapa kajian, ternyata lidah adalah bahagian yang paling kotor. Ini bermakna ketika memberus gigi, jangan abaikan menggosok bahagian tersebut supaya bakteria-bakteria yang ada pada lidah dapat keluar dari dalam mulut anda.

  1. Minum Banyak Air

Jika anda terlupa untuk memberus gigi, maka alternatif lain yang dapat anda gunakan adalah dengan perbanyakkan minum air putih. Air putih akan membantu memperbanyakkan pengeluaran air liur untuk membunuh bakteri apenyebab bau mulut.

  1. Pastikan Ada Gula-Gula Getah Mint

Jika anda seorang yang sibuk dan banyak berkomunikasi dengan orang ramai, pastikan anda mengunyah gula-gula getah mint. Ia berguna untuk membantu menghilangkan bau mulut anda walaupun cuma sesaat, tetapi cukup membantu anda.

  1. Jauhi Makanan Berbau

Beberapa jenis makanan memiliki rasa yang enak, namun dapat memberikan efek pada bau mulut anda. Beberapa makanan tersebut adalah daging, bawang merah dan bawang putih. Fikirkan bahan makanan pengganti menu tersebut agar anda terhindar daripada masalah bau mulut yang cukup menyengat!

  1. Hindari Minuman Berbahaya

Beberapa jenis minuman berbahaya bagi tubuh juga memberikan efek buruk terhadap bau mulut anda. Beberapa minuman tersebut seperti minuman beralkohol, soda, dan kopi dapat menurunkan kadar Ph di dalam mulut dan membantu kemunculan bakteria yang semakin tinggi.

  1. Hindari Rokok

Anda yang merokok akan memiliki bau mulut yang sama, diakibatkan oleh asap rokok tersebut. Bau nafas seorang perokok tidak mudah hilang begitu saja. Jadi, sebaiknya anda mencegah daripada merokok sepanjang waktu.

Info Ekstra!

  • Teh hijau mengandungi ‘polyphenol’ yang memiliki sifat anti bakteria. Teh hijau dikatakan sangat efektif untuk menghilangkan bau mulut.
  • Baking soda dapat membantu menjaga keseimbangan pH mulut, sehingga meminimumkan bau mulut. Anda boleh mengunakan baking soda yang dicampur dengan air sebagai ubat kumur.
  • Kunyah sayuran mentah. Sayuran hijau mentah kaya dengan kandungan antioksidan dan memiliki sifat anti-inflamasi. Sayuran hijau mentah juga tinggi kandungan vitamin dan mineral. Dengan mengunyah sayuran hijau, anda dapat mengurangi plak dan bakteria.

Kredit foto: wearandcheer.com

<< Ketahui punca gatal di celahan jari kaki di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Hidung Kerap Tersumbat Petanda Awal Kanser Hidung?

Next post

Kerap Makan Kentang Goreng Boleh Buat Kita Kena Kanser Payudara?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *