KewanitaanSihat

Ketahui Manfaat Masker Payudara Dan Cara Membuatnya

masker payudara - woman online magazine

Kredit : coldstonecreamery

Sebagai wanita yang mementingkan kecantikan, bukan hanya wajah, tangan atau kaki sahaja yang perlu diberikan perhatian. Bahkan kulit payudarapun perlu dijaga kelembutannya.Ramai wanita yang sanggup melakukan pembedahan atau memakai ‘silicon’ semata-mata mahu mendapatkan bentuk payudara yang cantik.

Sekalipun anda mahu memiliki payudara yang indah, anda perlu melihat efek sampingan serta kesihatan tubuh anda.Sebenarnya ada banyak cara untuk membentuk payudara tanpa perlu mengorbankan kesihatan dan menanggung efek sampingan yang dihasilkan akibat pembedahan dan sebagainya.Salah satu cara untuk menjaga kulit payudara agar tetap lembut dan tegang ialah dengan menggunakan masker payudara. Tahukah anda bahawa masker payudara tersebut boleh anda buat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Manfaat Masker Payudara:

  • Menegangkan payudara.
  • Menghaluskan atau memutihkan kulit payudara.
  • Kulit payudara lebih mulus dan seksi.
  • Membentuk payudara kerana kulit yang anjal.

Berikut beberapa pilihan bahan semulajadi yang boleh anda gunakan sebagai masker payudara:

  1. Kacang Panjang

Rupa-rupanya kacang panjang juga bermanfaat untuk memperbesar payudara. Caranya, haluskan kacang panjang dengan blender.Kemudian tambah sedikit air, baurkan dan biarkan adunan agak mengental. Sapukan di sekitar payudara dan biarkan selama satu jam atau sehingga kering.Kemudian bilas dengan menggunakan air suam. Lakukan pemakaian masker payudara menggunakan kacang panjang ini secara teratur, tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

  1. Yoghurt dan Susu

Campurlah satu sudu makan yoghurt (plain) dengan sebiji telur. Kemudian tambahkan dengan sedikit minyak vitamin E. Gaul adunan hingga sebati, kemudian sapukan di sekitar payudara.Setelah itu, urut perlahan-lahan agar masker payudara tersebut meresap.Biarkan selama setengah jam, setelah itu barulah dibersihkan dengan air suam sehingga bersih.

  1. Masker Mentimun

Masker payudara dengan mentimun bukan hanya mampu membesarkan payudara, malahan melembutkan kulit payudara.Untuk membuat masker payudara, blender mentimun yang telah dicampur dengan white krim serta sebiji putih telur. Baur adunan tersebut sehingga sebati, kemudian barulah disapu ke sekitar payudara. Biarkan selama 20 minit, kemudian bersihkannya dengan menggunakan air suam.

  1. Epal dan Susu

Buah epal yang kaya dengan kandungan antioksidan boleh dimanfaatkan untuk menjaga keanjalan kulit, mengurangi kedutan, mencegah jerawat dan menegangkan payudara.Caranya, campur dua biji epal dengan satu liter susu segar. Didihkan campuran tersebut di atas api sedang hingga mengental seperti pasta kemudian sejukkan. Setelah itu, sapukan adunan tersebut secara merata di sekitar payudara. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, lakukan teknik ini secara rutin.

  1. Masker Payudara Dengan Bawang Merah

Untuk membesarkan payudara, sediakan 10 ulas bawang merah yang sudah dikupas dan dibersihkan. Kemudian, blender sehingga halus dan sapukan pada bahagian payudara. Elakkan daripada terkena puting payudara , urut perlahan-lahan supaya masker bawang merah itu lebih menyerap.Biarkan masker payudara tersebut mengering, kemudian bilaslah dengan air bersih.Masker payudara menggunakan bawang merah ini akan membuatkan kulit payudara menjadi lebih halus dan anjal.

<< Ketahui senaman tiga jari untuk mencantikan payudara anda di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Hilangkan Selulit Dengan Mudah & Berkesan

Next post

Ketahui Punca Sebenar Buasir Berdarah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *