DietSihat

Makanan Tinggi Kalori Ini, Mana Yang Lebih Sihat?

makanan tinggi kalori - woman online magazine

Kredit : ghttp.32478

Makanan yang sihat mengandungi jumlah zat dan kalori yang seimbang untuk kesihatan tubuh, mencegah kekurangan dan kelebihan pemakanan.Memilih makanan yang sihat boleh menjadi rumit.Lebih-lebih lagi jika anda tergolong dalam kategori mereka yang mementingkan rasa, mudah dipengaruhi serta mengutamakan jenama glamor sahaja.

Jadi, sebelum mengambil sesuatu makanan, pastikan membaca label kandungan terlebih dahulu.Corak pemakanan pada hari nie akan memberi kesan pada hari mendatang. Jom kita siasat makanan mana yang paling sihat untuk anda.

1. Chewing Gum vs Coklat

Sedapnya mengunyah dua manisan nie pada saat tertekan. Semua tahu coklat amat kaya dengan zat anti oksida. Tetapi dalam satu batang coklat, kandungan lemaknya ialah 8 gram dan 180 kalori.Jika coklat tersebut dicampuri dengan susu, sudah pastilah kandungan lemaknya semakin bertambah. Sedangkan chewing gum hanya mengandungi 150 kalori dan 4 gram lemak. Kalau begitu lebih baik memilih chewing gum bebas gula. Elok sangat!

2. Popcorn vs Tortilla Chips

Menonton wayang memang tidak sah jika tak ada popcorn, kan? Popcorn merupakan snek sihat yang sering diagung-agungkan di seluruh dunia. Jadi, ini bermakna sudah pasti anda tidak menyangka jika 100 gram tortilla chips mengandungi 734 gram lemak dan 144 kalori.Manakala 100 gram popcorn memiliki kandungan lemak sebanyak 7,4 gram dan 410 kalori. Rupa-rupanya ia makanan tinggi kalori. Itu baru popcorn yang kosong. Kalau popcorn yang mempunyai banyak bahan pewarna dan manis, pastilah makin bertambah kalorinya.

3. Nachos vs Potato Chip

Walaupun anda menambah topping keju, nachos tetap jauh lebih sihat daripada 100 gram potato chip. Kandungan kalori di dalam nachos hanya 346 gram kalori, manakala potato chip pula mengandungi 547 kalori. Wahhh, ia makanan tinggi kalori.

4. Brownies vs Donut

Antara donat dan brownies, yang mana satu paling ‘berbahaya’? Donat hanya mengandungi 150 kalori dan 8 gram lemak. Manakala brownies mengandungi 500 kalori dan 16 gram lemak. Bermakna ia makanan tinggi kalori!

5. Cookies vs French Fries

Siapa yang suka cookies dan juga french fries? Tetapi di antara dua snek nie, lebih baik anda memilih cookies sahaja. ni adalah kerana sekeping cookies mengandungi fiber dan buah kering seperti kismis yang memberi tenaga kepada badan anda. Manakala French fries pula memiliki kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi. Jika terlalu kerap mengambilnya, sudah pastilah tekanan darah anda tinggi.

6. Frozen Yogurt vs Salad Buah

Ternyata satu cup yogurt mengandungi 221 kalori. Berbeza sangat dengan salad buah kerana satu bahagian daripadanya hanya mempunyai 125 kalori sahaja.Jadi, memang tidak patut disangkal lagi bahawa buah-buahan jauh lebih sihat berbanding makanan lain.

<< Ketahui tips mengecilkan pinggang yang berlemak di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Penyebab Betis Anda Besar

Next post

Pastikan Anda Tetap Cantik & Bergaya Ketika Bercuti

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *