DietSihat

5 Makanan Berkolesterol Yang Wajib Anda Elakkan

Makanan Berkolestrol - woman online magazine

Kredit Foto: reachingutopia

Makanan Berkolesterol. Kolesterol dalam tubuh boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Malahan, kolesterol yang tinggi dalam darah boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Salah satu kunci untuk mengawal kadar kolesterol di dalam tubuh ialah dengan mengawal sumber makanan berkolesterol yang masuk ke dalam tubuh.Dalam tubuh kita terdapat lemak terdiri dari kolesterol jahat yang biasa disebut LDL (Low Density Lipoprotein) di mana lemak ini boleh melekat pada pembuluh darah.

Manakala kolesterol baik yang dikenali dengan HDL (High Density Lipoprotein) merupakan lemak yang dapat melarutkan kandungan LDL dalam tubuh. Kolesterol normal dalam tubuh adalah 160-200 mg, bermakna kandungan LDL harus dicegah agar sentiasa dalam keadaan normal.

 

Antara Makanan Berkolesterol Yang Harus Dihindari:

1.Kuning Telur

Kuning memiliki kadar kolesterol lebih tinggi daripada hampir semua makanan dengan 1.234 mg per 100 gram penyajian atau 411% dari nilai harian.Ini tidak bermakna anda tidak boleh memakan kuning telur, cuma anda perlulah mengawalnya.  Sekiranya anda telah menikmati kuning telur di pagi hari, sebaiknya hindari makanan berkolesterol tinggi yang lain.

 

Baca Juga: Kebaikan Telur Separuh Masak

 

2. Junk Food

Makanan segera sememangnya banyak mengandungi  kolesterol. Boleh dikatakan semua makanan ringan dan segera adalah makanan berkolesterol tinggi, kerana mengandungi lemak trans.Lemak trans adalah hasil penambahan hidrogen ke minyak sayuran, yang banyak digunakan untuk memanggang dan menggoreng.

 

3. Udang

Udang rendah lemak, tetapi tinggi pada kolesterol. Jika anda ingin makan udang, sebaiknya jangan memakannya dalam jumlah yang banyak.Cuba hindari makanan berkolesterol ini secara rutin dalam satu bulan.

 

Dapatkan  Juga: Resepi Udang Petai

 

4. Ayam

Biarpun ayam biasanya tidak dianggap makanan berkolesterol tinggi, namun cara memasaknya boleh menjadi sesuatu yang berbeza. Contohnya, sepotong paha ayam dengan kulitnya yang mengandungi lemak dan kolesterol yang lebih banyak daripada sebungkus burger. Memasaknya dengan kulit atau menggorengnya juga dapat mengubahnya menjadi makanan berkolesterol kolesterol. Jadi, apabila anda memasak ayam, pilihlah yang tidak berkulit.

 

5. Aiskrim

Semangkuk aiskirim mengandungi lemak lebih tinggi dibandingkan burger dan kolesterol yang lebih banyak daripada 10 biji donat. Ini bermakna untuk hidup yang lebih sihat, pilihlah semangkuk buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Buah-buahan memiliki kalori yang rendah dan tinggi serat, vitamin dan nutrisi yang anda perlukan.

 

Berikut beberapa tips agar anda dapat mengawal kolesterol dalam darah:

Khasiat Bawang Putih

Bawang putih dapat menurunkan kolesterol, mencegah pembekuan darah, menurunkan tekanan darah, dan melindungi terhadap infeksi.

 

Hadkan Pengambilan Daging Merah

Hindari pengambilandaging yang dimasak menggunakan minyak. Sebaiknya pilih daging panggang. Ayam dan ikan adalah pilihan yang lebih baik daripada daging merah.

 

Kebaikan Omega-3

Asid lemak omega-3 dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL). Ikan, kacang-kacangan,dan almond merupakan beberapa sumber Omega-3. Ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 yang tinggi adalah seperti makarel, sardin, salmon,dan tuna.

 

Nikmati Teh Hitam

Teh hitam adalah kubu pertahanan yang kuat terhadap kadar kolesterol LDL tinggi. Anda disarankan meminum secawan teh hitam setiap hari.

 

‘Kuasa’ Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi antioksidan yang dapat menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) tanpa mempengaruhi kolesterol HDL (kolesterol baik). Dua sudu besar atau sekitar 23 gram minyak zaitun per hari sangat baik untuk kesihatan jantung.

 

Bersenam

Aktiviti fizikal boleh membantu mengawal berat badan dan dapat mengurangkan risiko seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes.Di samping itu, aktiviti tersebut juga dapat mengurangkan stress, yang merupakan faktor utama dalam penyakit jantung. Sebaiknya, anda cubalah bersenam 30 minit setiap hari ,lima kali dalam seminggu.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini.

<< Semak 10 jenis buah-buahan yang mengandungi vitamin C terbaik di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Tips Yang Boleh Anda Praktik Untuk Atasi Masalah Kewangan Peribadi

Next post

4 Manfaat Terapi Ikan Untuk Kesihatan Manusia

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *