DietSihat

12 Cara Dapatkan Diet Yang Berkesan

Diet Yang Berkesan - women online magazine

 

Kredit Foto: totalhealthcaretips

Sebagai wanita anda tentunya ingin tahu cara diet yang berkesan. Tambahan pula anda mengalami berat badan yang berlebihan.

Kesibukan rutin harian dan bebanan tanggungjawab menyebabkan ramai wanita diluar sering mengabaikan kesihatan diri dan mengambil makanan tanpa mengikut masa yang sesuai.

Namun, kesibukan atau kekangan masa antara kerja dan keluarga bukanlah halangan untuk anda mendapatkan tubuh badan yang langsing. Ada pelbagai lagi cara untuk anda menurunkan berat badan tanpa perlu pergi ke gimnasium.

 

Baca Juga: Diet Kentang

 

Tips Diet Yang Berkesan

  1. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda. Jika anda berbuat begitu kerana anda ingin menurunkan berat badan, itu adalah kesilapan.Hal ini kerana ia hanya menurunkan kadar metabolisme dalam badan sahaja. Sesibuk manapun anda, cuba untuk mengikut waktu makan.
  2. Ketika makan, cuba anda kunyah makanan itu lebih lama. Ia akan membuat anda berasa cepat kenyang dan dapat mengurangkan pengambilan makanan.
  3. Hindari makanan segera dan air bergas. Makanan segera mengandungi kandungan yang tidak sihat dan kadar lemak yang tinggi. Minuman bergas pula mempunyai kadar gula yang tinggi yang boleh membahayakan kesihatan anda.
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda lapar di lewat malam, jangan ambil makanan yang berat. Cukup sekadar anda minum air kosong atau sebiji epal atau pisang.
  5. Kawal nafsu anda. Ini kerana ia akan membuat anda mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya. Jika begitu, bagaimana anda dapat menurunkan berat badan? Jadi berhati-hatilah.
  6. Tingkatkan aktiviti fizikal dan senaman. Anda tak perlu bimbang untuk pergi ke gimnasium. Ini kerana, anda juga boleh membuat senaman di rumah atau di di sekitar kawaan perumahan anda. Hanya dalam 5-10 minit juga sudah memadai untuk membuat aktiviti fizikal. Jadi jangan mengelak untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal!
  7. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan di rumah anda mempunyai bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi.
  8. Cuba untuk mengetahui kandungan nutrisi makanan yang anda ambil. Cara untuk menurunkan berat badan memerlukan kita untuk mengetahui apa kandungan dalam makanan yang kita ambil.
  9. Tahu apa yang kita makan. Kesibukan menyebabkan kita menganggap makanan yang kita ambil itu tidak penting. Kita sanggup membawa makanan itu ke meja kerja kita dan kunyah dengan laju kerana anda mengambil kira kerja itu lebih penting. Sepatutnya anda mengunyah makanan itu perlahan-lahan supaya anda boleh fokus kepada makanan itu.
  10. Amalkan diet yang seimbang. Cuba untuk elakkan dari berlapar sebaliknya ambil makanan yang sihat pada kadar yang sederhana. Anda ambil segenggam nasi, dada ayam yang di bakar bersama minyak zaiton dan lada hitam dan juga sayur brokolli rebus juga sudah mencukupi.
  11. Tetapkan matlamat anda dan cuba capai dengan cara yang berkesan. Jika anda ingin makan tanpa lapar, cuba ingat kembali matlamat anda dan sedikit sebanyak menghalang anda mengambil makanan.
  12. Perbanyakkan makan makanan yang masam. Ini kerana makanan dan minuman yang masam menggalakan pembakaran kalori yang cepat.

 

Elakkan!

  • Makanan yang bergoreng

Makanan bergoreng mempunyai kalori yang tinggi.Oleh itu, elakkan menikmati makanan bergoreng kerana ia mempunyai kandungan minyak dan lemak tepu yang tinggi. Sebaiknya gantikan cara menyediakan makanan daripada bergoreng kepada mengukus dan memanggang kerana ia lebih sihat.

 

  • Makan di luar

Sesibuk mana pun anda, cuba elakkan untuk makan di luar. Lebih bagus jika anda sendiri yang menyediakan di rumah. Ini kerana, makanan yang terdapat di luar kebanyakkannya kaya dengan bahan perasa yang boleh menggemukkan disamping tidak baik untuk kesihatan.

 

  • Tidur selepas makan

Tidak dinafikan tidur selepas makan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tidur. Tidur selepas makan boleh menyebabkan masalah usus disebabkan makanan tak dihadam dengan sempurna.

 

Baca Juga: Cara Dapatkan Tidur Yang Lena

 

  • Minum air ketika makan

Cuba elakkan ketika anda makan, anda akan berselang seli dengan minum air. Sebenarnya ini adalah suatu kesilapan yang sering kita terlepas pandang. Sepatutnya anda perlu minum setengah jam sebelum makan atau setengah jam selepas makan.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Turunkan berat badan anda dengan 6 pilihan makanan terbaik di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Khasiat Utama Minyak Kelapa

Next post

Cara Terbaik Keluarkan Kahak Bayi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *