ProblemSihat

Kena Tahu! 6 Punca Perut Buncit

Kenapa Perut Buncit - woman online magazine

Kredit : klimg

Kenapa Perut Buncit? Apa puncanya?

Kenapa perut buncit anda semakin hari semakin membuncit? Anda perlu tahu, ia menjadi buncit bukan semata-mata kerana disebabkan anda banyak makan tau…

Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh menyebabkan perut anda jadi semakin buncit dan kebanyakan adalah tabiat buruk yang anda lakukan sendiri!

 

Berikut adalah beberapa kebiasaan atau tabiat buruk yang anda lakukan sendiri sehingga menyebabkan perut anda jadi semakin buncit.

 

  1. Lupa Makan

Disebabkan aktiviti yang terlalu padat, anda sering lupa untuk makan. Sedangkan ketika anda terlambat makan, tubuh tidak akan membakar semua kalori yang sudah anda makan.Selain itu, makan sambil berbaring juga akan menyebabkan gangguan sistem penghadaman. Berhenti menikmati sebarang makanan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Jika terasa lapar, sebaiknya anda makan sepotong buah untuk mengalas perut.

 

 

Baca Juga: Bahaya Makan Malam

 

 

  1. Kurang Tidur

Kurang tidur boleh meningkatkan hormon stress dan kortisol di dalam tubuh. Meningkatnya kadar kortisol dalam tubuh akan membuat anda semakin memerlukan gula atau makanan manis. Tidur yang mencukupi akan membantu anda mengatur lemak perut dan selera makan. Jadi, cubalah dapatkan tidur yang mencukupi pada setiap malam.

 

 

Baca Juga: Bahaya Kurang Tidur

 

 

  1. Minum Minuman Berkarbonat

Anda suka minum minuman berkarbonat atau air gas?Tahukan anda pengambilan minuman tersebut hanya akan membuatkan berat badan anda naik berlipat kali ganda berbanding yang tidak meminumnya. Jadi, cubalah untuk menghindarinya.

 

  1. Terlalu Percaya Pada Makanan Rendah Kalori

Tentu ramai di antara anda yang percaya makanan rendah lemak atau low fat, cukup bagus. Padahal makanan rendah lemak biasanya mengandungi lebih banyak gula dan garam untuk menggantikan rasanya. Kurangkan pengambilan makanan rendah kalori, dan gantilah dengan pengambilan avokado dan minyak zaitun. Jalan terbaik, setiapkali membeli makanan, baca terlebih dahulu setiap label makanan dan periksa kandungan lemak yang anda. Hindari makanan olahan rendah lemak.

 

 

Baca Juga: Cara Mengecilkan Pinggang

 

 

  1. Makanan Bergoreng

Makanan yang digoreng atau bergoreng banyak mengandungi banyak lemak trans yang boleh menyumbat arteri dan mengumpul lemak di kawasan perut. Jadi anda makan makanan bergorang pastikan anda makan bersama salad dan air lemon agar seimbang.

 

 

Baca Juga: Diet Yang Berkesan

 

 

  1. Kurang Pengambilan Protein

Pengambilan protein yang mencukupi boleh membantu anda mengendalikan nafsu makan dan meningkatkan hormon supaya anda tidak makan berlebihan. Protein juga akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama, dan membuat anda langsing secara semulajadi.

 

Info Ekstra!

Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang boleh menjawab segala persoalan kenapa perut buncit yang sedang anda hadapi. Hindari menikmati makanan seperti saat marah, sedih, atau kecewa.Apatah lagi sambil duduk di depan TV,anda pasti tidak akan sedar berapa banyak makanan yang sudah masuk ke dalam perut anda. Jika tidak mahu perut anda jadi semakih buncit, cuba kurangi kebiasaan anda untuk mengunyah itu ya!

 

Nota Kaki: SHARE dengan kawan-kawan anda yang mengalami masalah perut buncit. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

<< Ketahui jenis-jenis makanan yang boleh buat anda cepat tidur di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jangan Buat Perkara Yang Boleh “Potong Stim”!

Next post

Ketahui 5 Penyebab Anda Berdepan Dengan Masalah Kulit Wajah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *