ProblemSihat

Adakah Anda Mengidap Kanser Kelenjar Air Liur?

 

Kelenjar Air Liur - Woman Online Magazine

Foto: jurnalhajiumroh

Kelenjar air liur menghasilkan air liur yang diperlukan dalam proses pencernaan selain memastikan mulut anda sentiasa lembap. Setiap orang memiliki tiga pasang kelenjar air liur utama di bawah dan di belakang rahang iaitu parotid, sublingual dan submandibular (disebut sebagai kelenjar utama). Selain itu, banyak lagi kelenjar air liur kecil di dalam bibir, pipi dan di seluruh kawasan mulut dan tekak.

Kelenjar parotid adalah kelenjar terbesar dengan setiap satunya berjisim kira-kira 15 gram. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit bawah daripada telinga. Air liur yang dihasilkan daripada kelenjar ini akan dirembeskan ke dalam rongga mulut melalui suatu saluran sepanjang hampir lima sentimeter.

Hampir 80 peratus kes ketumbuhan kelenjar liur terjadi pada kelenjar parotid. Namun, 80 peratus daripada keseluruhan kes bukanlah barah dan hanya memerlukan rawatan pembedahan mengeluarkan kelenjar yang terjejas bagi mengelak kes berulang.

Bagi kes yang disahkan sebagai barah kelenjar parotid, keseluruhan kelenjar itu akan dibuang. Walaupun barah kelenjar parotid itu sedikit, kelenjar itu meningkatkan risiko kes berulang malah boleh merebak ke bahagian lain. Jika itu berlaku, sudah pasti rawatannya akan bertambah rumit.

Tanda-tanda Kelenjar Air Liur

  • Benjol atau bengkak di kawasan berdekatan rahang atau di dalam mulut serta leher.
  • Sebelah muka menjadi kebas.
  • Otot pada sebelah muka menjadi lemah.
  • Sakit yang berterusan di kawasan kelenjar air liur.
  • Sukar menelan dan membuka mulut.

Rawatan

  • Pembedahan

Jika barah itu kecil dan berada di kedudukan yang mudah dicapai, pembedahan akan dilakukan bagi membuang tumor dan sebahagian kecil tisu sihat di kelilingnya. Namun jika ia membabitkan tumor yang besar, doktor mungkin mengeluarkan keseluruhan kelenjar air liur. Malah jika barah sudah merebak ke struktur berdekatan seperti saraf muka atau tulang muka dan kulit, kemungkinan ia juga akan dibuang sangat besar.

Limpa nodul di tengkuk juga boleh dibuang jika siasatan mendapati barah sudah merebak ke kawasan itu. Pembedahan itu juga mungkin membabitkan pembuangan otot dan saraf di tengkuk kerana ia mungkin boleh menyebabkan telinga, muka, tengkuk dan bahu anda kebas dan lemah.Jika tulang, kulit atau saraf dibuang pembedahan rekonstruktif diperlukan.Ia bagi memperbaiki keupayaan anda mengunyah, menelan, bercakap dan bernafas selepas pembedahan.

  • Terapi radiasi

Digunakan bagi membunuh sel barah selepas pembedahan. Ia juga boleh dibuat sebelum pembedahan untuk mengecutkan tumor dan memudahkan ia dibuang. Jika tumor terlalu besar dan berada di kawasan yang terlalu berisiko untuk dibuang, mungkin hanya terapi radiasi saja rawatan yang boleh dilakukan kepada pesakit.

  • Kimoterapi

Pilihan rawatan ini selalunya diberi kepada pesakit yang mengalami barah kelenjar air liur di tahap yang teruk dan sudah merebak ke bahagian tubuh yang lain.

<< Ketahui kebaikan mencuci gigi di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Paling Bajet Menghias Bilik Tidur Dengan Konsep Minimalis

Next post

Resepi Kek Cawan Red Velvet

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *