ProblemSihat

Fenomena Jerebu Di Malaysia

Fenomena Jerebu Di Malaysia-Women Online Magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Fenomena jerebu di Malaysia sudah melanda sejak beberapa hari yang lalu. Apakah itu jerebu sebenarnya? Baca post ini ..

Kini, Malaysia, terutamanya di Semenanjung, sedang dilanda musim cuaca panas di mana menyebabkan kekurangan bekalan air di sekitar Semenanjung Malaysia dan juga berlaku beberapa kebakaran yang berpunca dari cuaca panas.

Tambah memburukkan lagi keadaan, sekarang Malaysia turut mengalami masalah jerebu di kala sedang menghadapi zaman kemarau ini. Masalah jerebu kini sudah seperti menjadi kelaziman kerana boleh dikatakan setiap tahun Malaysia pasti akan mengalami jerebu.

Apa itu jerebu? Jerebu ialah ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan partikel-partikel halus yang tidak boleh dilihat oleh secara zahir dan terapung-apung di udara.

Partikel-partikel ini mungkin berlaku secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab, contohnya pembakaran terbuka dan lain-lain lagi.

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari terus ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Indeks udara pada 10 Mac 2014, terkini menunjukkan 6 kawasan di Semenanjung Malaysia telah mengalami masalah kualiti udara yang tidak sihat. Antara tempat yang terlibat dengan masalah jerebu di Malaysia kini ialah Pelabuhan Kelang, Shah Alam, Putrajaya, Banting, Port Dickson dan Nilai

Kajian yang dilakukan oleh Official Air Pollution of Department of Environment (http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php) menunjukkan Pelabuhan Klang mencatatkan indeks pencemaran udara tertinggi, sebanyak 135 kpi, iaitu dalam keadaan tidak sihat.

Antara Punca-Punca Berlakunya Jerebu adalah kerana:

1. Pembakaran Hutan Secara Terbuka

Ini adalah salah satu punca pokok mengapa terjadinya jerebu. Inilah punca utama mengapa Malaysia sering mengalami masalah jerebu. Ia mula berlaku pada 1991, kemudian pada tahun 1997,2005, 2006,2013 dan termasuk tahun ini.

Ia disebabkan oleh kebakaran hutan secara terbuka oleh negara jiran, iaitu Indonesia, termasuk sikap oleh penduduk negara kita sendiri. Pembakaran hutan secara besar-besaran biasanya dilakukan kerana ingin melakukan aktiviti pertanian.

Punca pembakaran hutan secara besar-besaran untuk tujuan pertanian adalah kerana dengan tujuan memulakan pertanian dengan menggantikannya dengan jenis pertanian baru. Pembakarannya juga mampu menyuburkan tanah.

Namun langkah tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan pembebasan gas karbon monoksida dan jika ia dihidu dalam jangka masa yang panjang akan mengakibatkan maut.

# Pembakaran sampah sarap secara berleluasa dan terbuka juga boleh sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada masalah jerebu.

2. Asap dari Kilang-Kilang

Jerebu juga mungkin berpunca daripada asap-asap tebal yang dibebaskan daripada kilang-kilang. Pertambahan dan sikap tidak peka pihak perindrustrian yang membakar bahan api di kilang-kilang secara berleluasa menyebabkan punca berlakunya jerebu.

Menambah burukkan lagi keadaan, apabila kilang-kilang tersebut tidak memasang alat penapis pada cerobong asap kilang yang mengakibatkan pembebasan gas-gas beracun, asap dan debu yang boleh menjejaskan masalah kesihatan di sekitarnya.

3. Asap dari Kenderaan

Pembebasan asap dari kenderaan juga antara punca berlakunya jerebu di Malaysia. Pembakaran bahan api yang tidak sempurna pada kenderaan, terutamanya pada lori dan trak akan mengakibatkan pembebasan pelbagai gas-gas berbahaya karbon monoksida, sulfur dan asid karbonat.

Elakkan daripada menjadi penyumbang kepada permasalahan masalah jerebu yang sedia kronik ini. Jikan ingin mencapai status negara maju, fikiran dan paradigma mental kita juga hendaklah menggerakkan minda dan mentaliti kita setakuk di hadapan. Pelihara alam sekitar agar ia juga tidak memberi masalah kepada kita pada masa akan datang.

Kredit foto kepada RPetra

<< Kenal Pasti Punca Cuaca Panas di sini sekarang juga..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bahaya Dan Kesan Merokok Kepada Wanita

Next post

Makanan untuk Bayi 7 Bulan ke Atas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *