ProblemSihat

Cara Menghilangkan Selulit (Stretch Mark) Di Perut, Paha & Betis Dengan Cepat

Menghilangkan Selulit - Women Online Magazine

Foto: ways2gohealthy

Selulit ialah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung, lengan, perut dan paha.Keadaan ini berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi lambat.

Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik. Pengambilan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit. Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki.Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza. Secara purata, perempuan mempunyai lebih banyak lemak dan ia tertumpu di paha, punggung dan perut. Lelaki pula, lemak terbentuk di perut dan dada.

Punca Selulit

Ramai yang berpendapat hormon seperti estrogen, insulin, noradrenalin, tiroid dan prolactin memainkan peranan dalam proses pembentukan selulit.

  • Faktor Genetik

Gen-gen tertentu diperlukan untuk pembentukan selulit. Gen ini mungkin mendedahkan seseorang kepada sifat-sifat tertentu yang berhubungkait dengan selulit seperti jantina, bangsa, kadar metabolisma yang rendah, pengagihan lemak di bawah kulit dan peredaran darah yang tidak sempurna.

Pengambilan makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak, karbohidrat atau garam dan kurang serat.

Lebih ketara di kalangan mereka yang merokok, tidak melakukan senaman dan mereka yang duduk atau berdiri terlalu lama.

  • Faktor Pakaian

Seluar dalam yang ketat yang meliputi seluruh bahagian punggung akan menghadkan aliran darah boleh menyumbang kepada pembentukan selulit.

Saranan Menghilangkan Selulit

  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang sihat, rendah lemak seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan mempunyai serat tinggi.
  • Amalkan senaman secara kerap untuk mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Jangan biarkan diri anda dibebani masalah yang boleh mewujudkan tekanan pada diri.
  • Elakkan memakai pakaian ketat bagi mengelakkan kesukaran aliran darah dalam tubuh.

Cara Menghilangkan Selulit

  • Campurkan cuka epal bersama segelas air. Minum setiap pagi untuk membantu anda menghilangkan selulit.
  • Elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kafein dalam satu hari. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar.
  • Pengambilan garam secara berlebihan tidak baik untuk kesihatan tubuh. Begitu juga dengan penggunaan santan. Gantikan dengan susu cair rendah lemak.
  • Bagi merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak yang mengakibatkan selulit, anda boleh memanjakan diri di spa dengan rawatan sauna atau mandi wap.
  • Amalkan minum teh diuretik sebagai diet harian anda. Teh diuretik boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.

<< Buat anda yang kurang berselera untuk makan, baca tips tambah selera anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Fahami Fungsi Utama Protein Buat Tubuh Anda

Next post

Perlu Dicuba! Senaman Ringkas Kecilkan Lengan Yang Berlemak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *