ProblemSihat

9 Cara Meningkatkan Nafsu Makan Supaya Anda Lebih Berisi

Cara Menggemukkan Badan - Women Online Magazine

Foto: blog.fantasticcleanerssydney

Makan merupakan salah satu keperluan  yang sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Melalui makanan, kita akan mendapatkan energi dari pembakaran beberapa zat yang terkandung di dalam makanan yang kita nikmati.

Jadi, itulah sebabnya makan sangat penting buat tubuh.  Semua orang pasti pernah mengalami nafsu makan yang menurun. Banyak sebab kenapa nafsu makan seseorang itu jadi menurun. Namun, ia adalah gejala daripada sebuah penyakit.Biasanya keadaan tersebut akan kembali normal setelah penyakit tersebut hilang. Selain daripada alasan sakit, nafsu makan juga boleh menjadi berkurangan disebabkan oleh program diet menurunkan berat badan yang dijalankan.

Menambah atau meningkatkan nafsu makan adalah salah satu cara menggemukkan badan secara semulajadi. Dengan pengambilan makanan dalam jumlah yang lebih banyak akan membuatkan massa tubuh meningkat, sehingga membuatkan tubuh tidak kelihatan kurus lagi.Bahkan, pola makanan yang betul adalah cara menggemukkan badan yang dapat membangun pola hidup sihat.

Makanan merupakan faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan dan gerak tubuh. Pertumbuhan badan juga terjadi dari makanan yang diambil pada setiap hari. Di dalam tubuh, makanan akan diolah dan diambil sari-sarinya.Sari-sari makanan inilah yang akan menentukan pertumbuhan badan seseorang. Tubuh kelihatan segar dan berat badan ideal adalah ciri-ciri tubuh yang telah menyerap sari makanan dengan sempurna.Cuma anda perlu ingat, bahawa pola makan tanpa menambah lemak yang tidak sihat adalah cara menggemukkan badan yang paling baik.

Berikut adalah beberapa cara meningkatkan nafsu makan yang mana boleh menggemukkan badan anda:

  1. Bersiar-siar.Jika nafsu makan anda menjadi teruk disebabkan oleh depresi atau perasaan hati yang tidak stabil,cuba tenangkan diri dan bersiar-siar. Cara ini sedikit sebanyak boleh meningkatkan nafsu makan anda.
  2. Kurangkan pengambilan serat. Makan serat boleh membuatkan ada berasa kenyang. Ini sangat membantu jika anda berusaha untuk menurunkan berat badan, tetapi ketika jika anda mahu menggemukkan badan, anda perlu mengurangkannya. Pengambilan makanan kurang serat akan memberi lebih banyak ruang di perut anda untuk makanan berkalori tinggi.
  3. Tambahkan kayu manis ke dalam makanan. Kayu manis merangsang nafsu makan secara semulajadi. Selain itu coklat juga boleh meningkatkan nafsu makan. Tambahkan sedikit coklat atau menggabungkannya dengan sedikit gula. Untuk menambah nafsu makan, anda juga boleh tabur roti dengan mentega supaya rasanya menjadi lebih enak.Rempah-rempah lain yang menambah nafsu makan adalah halia dan peppermint .
  4. Gunakan pemanis buatan. Beberapa penyeledik berpendapat pemanis buatan ini boleh mempengaruhi lonjakan insulin dan mampu meningkatkan nafsu makan.
  5. Makan sebelum Anda tidur. Pengambilan makanan pada malam hari meningkatkan pelepasan insulin dan merangsang nafsu makan. Namun, melakukannya pada setiap malam juga akan meningkatkan metabolisme anda.
  6. Minum segelas kecil jus buah-buahan (tanpa gula) setengah jam sebelum makan. Gula dalam jus buah-buahan (kandungan gula yang berasal dari buah yang dibuat jus tersebut) menyebabkan meningkatnya nafsu makan. Kandungan gula ini akan menurunkan gula darah anda yang mengundang nafsu makan.
  7. Makan dengan kawan-kawan.Sebuah cara semulajai untuk meningkatkan nafsu makan adalah makan dengan orang lain. Biasanya ketika anda menikmati makanan dengan orang lain, anda akan menghabiskan lebih banyak waktu di tempat makan. Hasilnya anda akan makan dengan lebih banyak. Selain itu, anda juga akan jadi sukar untuk menolak makan apabila orang lain melakukan perkara yang sama.Bahkan ketika anda melihat kawan-kawan anda makan, nafsu makan anda akan jadi meningkat.
  8. Pilih makanan kegemaran. Memanjakan diri sendiri adalah cara semulajadi dan efektif untuk meningkatkan nafsu makan. Pasti selera anda akan bertambah apabila menikmati makana kegemaran anda, sekalipun masakan tersebut amat ringkas!

<< Ketahui cara kurus melalui cara diet atkins di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

BENGKEL “MAKE ME A: TV PERSONALITY” Bersama Women Online Magazine & MYRYL

Next post

Begitu Banyak Manfaat Daun Kesum & Pelajari Teknik Mudah Menanamnya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *