ProblemSihat

Mesti Praktik! Cara Mengatasi Insomnia

Cara Mengatasi Insomnia - woman online magazine

Kredit : v.img

Saban malam anda sukar melelapkan mata? Anda Patut Tahu Cara Mengatasi Insomnia.

Insomnia atau susah nak tidur bukan merupakan penyakit,tetapi merupakan sebuah gangguan psikologi yang disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu faktor yang menyebabkan insomnia ialah stress. Tambahan pula dalam kehidupan hari ini, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh. Perkara inilah yang menyebabkan anda menjadi stress dan insomnia.

Cara mengatasi insomnia dapat dilakukan dengan banyak cara. Insomnia yang berpanjangan dan tidak segera ditangani boleh mengganggu kesihatan tubuh anda. Tubuh memerlukan istirahat yang mencukupi supaya boleh menjadi lebih produktif.

Berikut beberapa cara untuk mengatasi insomnia yang boleh anda cuba.

  1. Tetapkan Waktu Tidur

Untuk mengatasi insomnia anda boleh cuba dengan cara mengatur atau menetapkan wkatu tidur pada malam hari. Pastikan pada setiap malam, anda akan masuk tidur pada waktu yang sama. Dengan jadual yang sama ini anda boleh tidur dengan teratur pada setiap malam. Sebaiknya jam 10 malam anda sudah berada di atas katil!

 

  1. Padamkan Lampu Sebelum Tidur

Setelah menentukan waktu tidur tersebut, langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah tutup atau padamkan lampu sebelum tidur. Bukan sekadar memadamkan lampu, tetapi anda perlu juga menutup segala benda yang memancarkan cahaya. Semakin sedikit cahaya membuatkan semakin banyak produksi hormon melatonin. Hormon ini adalah hormon yang boleh membantu anda melelapkan tidur dan membuat istirahat semakin berkualiti.

 

  1. Jangan Banyak Minum Kafein

Penyebab insomnia salah satunya kerana terlalu banyak minum kafein di siang hari. Kafein bukan sahaja menimbulkan efek di siang harinya saja, tetapi juga 9 jam selepas anda meminumnya. Untuk mengatasi masalah insomnia di malam hari, cuba elakan minum kopi ataupun makanan dan minuman yang mengandungi kafein.

 

  1. Perbanyakkan Aktiviti Di Siang Hari

Cara mengatasi insomnia yang boleh anda cuba ialah dengan meningkatkan aktiviti di siang hari. Aktiviti yang padat di siang hari boleh membuatkan tubuh menjadi penat dan anda akan lebih mudah tidur pada malam harinya. Pastikan aktiviti tersebut sesuai dengan keadaan tubuh anda.

 

  1. Dengar Muzik Sebelum Tidur

Cara mengatasi insomnia dengan musik ini boleh membuatkan fikiran anda menjadi relak dan juga tenang. Muzik yang didengari bukan muzik yang sembarangan. Cubalah dengar muzik-muzik yang menenangkan seperti mozart dan muzik brainwave yang boleh melegakan fikiran. Fikiran yang tenang boleh membuatkan anda cepat tidur.

 

  1. Atur pernafasan Dalam-Dalam

Sebelum anda tidur duduklah di tempat tidur dengan menyilangkan kaki, kemudian tarik nafas dalam-dalam dan keluarkan. Lakukan beberapa kali sehingga anda rasa benar-benar lega dan bersedia untuk tidur.

<< Ketahui enam tanda anda diserang sakit gusi di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Cara Menghilangkan Mata Panda

Next post

Ketahui 4 Kesalahan Yang Biasa Terjadi Dalam Mendidik Anak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *