KewanitaanSihat

Ketahui Cara Pemakaian Bra Silikon Yang Selamat

Bra Silikon - Woman Online Magazine

Kredit: womanshub

Bra Silikon. Pastikan Bra Silikon Yang Dipakai Dengan Cara Yang Betul. Ternyata kini penggunaannya semakin digemari kerana dikatakan mampu memberikan efek tegang dan besar pada payudara.

Bra silikon dibuat dengan bahan utamanya iaitu silikon sehingga membuatkan bra tersebut tidak sepenuhnya selamat dipakai. Silikon yang terdapat pada bra tersebut boleh bocor dan masuk ke dalam tubuh melalui pori-pori kulit atau memberikan kesan sampingan pada kulit.

 

Jika anda suka memakai bra silikon atau ingin cuba memakainya, ketahui beberapa cara agar penggunaannya selamat dan sihat.

  1. Ukuran Bra Silikon Mestilah Tepat

Pastikan anda memilih dan memakai bra silikon ini dengan ukuran yang tepat. Tidak terlalu besar, longgar dan tidak terlalu ketat atau kecil.

 

  1. Pastikan Tidak Ada Bahagian Bra Yang Bocor

Pastikan tidak ada bahagian cup bra yang bocor, sehingga membuatkan risiko silikonnya keluar.

 

  1. Mandi Sebelum Memakai Bra Silikon

Sebelum memakai bra tersebut, pastikan anda mandi dengan bersih untuk menghilangkan kotoran dan peluh yang boleh menjadi sarang pembiakan bakteria. Setelah bersih, jangan lupa mengeringkannya.

 

  1. Jangan Memakainya Lebih Daripada 8 Jam

Terdapat beberapa sumber mengatakan, pemakai bra silikon dinasihat tidak memakainya lebih daripada lapan jam. Alasannya, isi daripada bra silikon yang memberi sokongan dan rasa tegang boleh menyebabkan iritasi pada kulit si pemakai.

 

  1. Pastikan Bra Sentiasa Bersih Dan Gantinya Secara Berkala

Anda harus tahu, lapisan luar dari bra silikon diperbuat daripada plastik. Ketika menyentuh kulit, maka peluh, debu dan bau boleh melekat pada permukaan plastik. Jadi, sebaiknya tukar bra silikon setelah penggunaan aktif selama dua tahun. Ia akan membuatkan bra silikon anda bebas daripada bakteria.

<< Ketahui kebaikan tidur apabila anda tidak pakai bra di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Menghaluskan Kulit Kaki

Next post

4 Manfaat Madu Untuk Kecantikan Wajah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *