ProblemSihat

Senyuman Mahal “Si Gigi Besi”.Tapi Jangan Sembarangan Memasangnya!

pendakap gigi - women online magazine

Pemasangan pendakap gigi atau ‘braces' ini dipakai untuk memperbaiki susunan gigi yang tidak kemas.Tetapi kini, bertukar sebaliknya. Ia seolah-olah menjadi satu fenomena atau trend terutamanya di kalangan remaja.

Di tambah pula dengan kurangnya pengetahuan masyarakat umum tentang pemakaian pendakap gigi membuatkan ramai yang ‘berani’ untuk memasangnya biarpun pada hakikatnya tidak memerlukan.Pendakap gigi bukan lagi popular sekadar berfungsi untuk mencantikkan gigi, tetapi lebih kepada trend atau fesyen semasa. Sedangkan pendakap gigi ini dicipta khusus buat mereka yang mempunyai masalah gigi, kerana fungsi penggunaannya adalah untuk membetulkan struktur gigi yang tidak teratur.

Kebiasaannya pendakap gigi diperbuat daripada keluli tahan karat, seramik emas dan titanium, jadi penggunaannya  adalah selamat. Cuma, anda dinasihatkan supaya berhati-hati ketika makan dan gosok gigi agar tidak tertinggal sisa makanan yang boleh menyebabkan nafas berbau.

Tempoh Pemakaian Pendakap Gigi

Kebiasaan pemakai akan mengambil masa bertahun untuk membetulkan kembali struktur gigi. Dua hingga lima tahun itu dianggap biasa, malah ada yang memakai lebih dari tempoh itu kerana kekerapan anda menangguhkan temujanji dengan pakar pergigian, ‘bracket’ kerap tercabut dan lain-lain komplikasi. Terpulanglah kepada keadaan gigi anda. Selalunya ‘bracket’ sekurang-kurangnya dipakai dalam dua tahun,manakala ‘wire’ hanya dipakai selama setahun.

Gigi Yang Perlu Pakai Pendakap Gigi

  • Gigi yang jongang

Kebanyakan orang yang bergigi jongang, peratusan mereka untuk cedera bila bermain aktiviti lasak sangat tinggi kerana permukaan gigi mereka boleh menyebabkan gigi terhantuk dan cedera.

Oleh itu,pemakaian pendakap ini boleh membantu mengembalikan keyakinan kerana terdapat segelintir orang yang memakainya mengalami masalah kurang keyakinan bila mereka selalu diejek rakan.

  • Gigi yang tidak terurus

Gigi anda tidak terurus? Maka segeralah memakai pendakap gigi kerana ia boleh mengakibatkan masalah sendi gigitan pada rahang.

  • Gigi berlapis

Sekiranya anda mempunyai gigi yang berlapis, anda disarankan untuk memakai pendakap gigi untuk membetulkan kembali gigi yang berlapis tersebut. Memakai pendakap gigi ini bukanlah semata-mata untuk kecantikan, tetapi boleh memberikan anda keyakinan yang tinggi ketika berhadapan dengan orang.

Jenis dan harga pendakap gigi (tertakluk pada harga klinik)Normal mental – RM5,000

  • Advance metal braces – RM6,000
  • Clear ceramic braces – RM7,000
  • Lingual braces – RM20,000

 

5 Langkah Mudah Jaga ‘Braces'

1. Menjaga kebersihan gigi dan gusi

Berus gigi dengan menggunakan ubat gigi seperti biasa untuk pembersihan awal. Kemudian gunakan berus berbulu untuk membersihkan makanan yang terperangkap antara besi dan kurungan pendakap gigi.

2. Penggunaan flos

Pemakai harus meletakkan di flos di bawah wayar dan tarik flos dengan tangan yang lain dan tolak di antara gigi untuk mengeluarkan makanan yang mungkin terperangkap di antara gigi dan gusi. Ulang proses berikut dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.

3. Urutan gusi

Hujung getah berfungsi untuk mengurut gusi anda. Penjagaan gusi dengan baik akan menjadikan gigi bebas bakteria manakala proses rawatan juga akan berjalan lebih lancar.

4. Penggunaan lilin

Gunakan lilin (yang disediakan pihak pergigian) untuk mengurangkan kesakitan daripada pemakaian pendakap gigi.

5. Periksa tahap kebersihan gigi

Pesakit perlu menggunakan cermin untuk memeriksa tahap kebersihan gigi dan gusi mereka berada di tahap yang memuaskan.

 

Tips penjagaan pendakap gigi

1. Memperbanyakkan minum air suam.

2. Rajinlah diri anda untuk berkumur.

3. Memperbanyakkan guna ubat berkumur

4. Patuhi arahan doktor.

 

Keburukan Memakai Pendakap Gigi:

  •  Makanan boleh terperangkap dalam ‘bracket’.
  • Kebersihan mulut yang baik boleh menjadi lebih sukar,terutama menggunakan flos.
  • Anda tidak boleh makan makanan tertentu seperti gula-gula keras,daging yang liat, dan sebagainya.
  • Anda juga perlu pergi berjumpa pakar ortodontik,biasanya sekali sebulan untuk pelarasan.
  • Bibir menjadi lebih besar.
  • Sekiranya anda seorang yang aktif bersukan,maka anda memerlukan ‘mouthguard’.
  • Berat badan anda boleh turun disebabkan oleh kurang makan makanan yang anda biasa makan.

 

Hukum Pemakaian Pendakap Gigi

Hukum pemakaian pendakap gigi adalah harus sekiranya iaertujuan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Ia juga dibenarkan untuk dilakukan untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan.Tidak salah untuk memakai pendakap gigi jika ia bertujuan untuk membetulkan kedudukan gigi ketempat yang asal selepas berlakunya kemalangan.

Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut.

 

INFO EKSTRA

Bahaya Memakai Pendakap Gigi Yang Dibeli Menerusi Internet

Anda dinasihatkan supaya tidak membeli pendakap gigi menerusi internet yang dijual murah kerana banyak produk seumpama itu tidak diiktiraf pakar pergigian kerana mengandungi plumbum yang boleh menjadi punca penyakit kanser usus.

Kebanyakkan orang membeli set pendakap gigi di internet kerana harganya yang murah, mempunyai pelbagai corak, berharga RM150 hingga RM170 sepasang. Harga ini sangat berbeza dengan kos memasang set pendakap gigi di klinik yang boleh melebihi RM4, 000.

Pendakap gigi berkualiti diperbuat daripada keluli tahan karat manakala peralatan sama yang dijual di internet tidak diketahui asal usulnya. Seandainya anda ingin memakai pendakap gigi juga untuk mencantikkan gigi, anda perlu mendapatkan nasihat doktor dan gunakan pendakap gigi yang diiktiraf oleh pakar pergigian. Amalan memakai pendakap gigi yang dibeli melalui internet berbahaya dan boleh merugikan diri sendiri.

Kredit foto: bauerbraceswheaton

<< Risau jerawat suka tumbuh di badan? Ketahui jalan penyelesaiannya di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Seronoknya Kalau Dapat Kerja Kerajaan. Ketahui Triknya!

Next post

Jangan Ambil Mudah Dengan Penyakit Buasir. Bahayanya Tetap Ada

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *