ProblemSihat

Mesti Baca! Bersauna Mampu Singkirkan Toksin Dalam Badan Anda

kebaikan sauna - women online magazine

Kredit Foto: yousellidea

Kebaikan Sauna. Sauna merupakan aktiviti santai setelah penat bekerja sebenarnya.Jom ketahui 6 kebaikan sauna untuk kesihatan supaya anda tidak ragu-ragu untuk mencubanya.

Sauna dan terapi panas (mandi wap) merupakan antara cara detoksifikasi yang paling mudah. Semasa sauna, perpeluhan melalui liang roma dapat menyingkirkan toksin dan sisa buangan dari badan. Selain daripada menyingkirkan toksin di dalam badan, terapi ini juga dapat merelakskan otot badan yang tegang.

 

ANTARA KEBAIKAN SAUNA YANG ANDA PERLU TAHU:

1. Kulit akan sihat berseri

Semasa berpeluh liang roma akan terbuka dan seterusnya membuang kotoran, minyak dan kulit mati. Secara tidak langsung ia membantu kulit mengurangkan parut dan jerawat. Dalam perubatan moden sauna digunakan untuk merawat penyakit kulit.

Panas ruang sauna yang biasa antara 60 darjah celsius hingga 105 darjah celsius akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya, kulit akan menjadi  lebih sihat. Selain itu masalah kulit seperti jerawat juga akan dirawat. Sebabnya wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

 

2. Mengurangkan stres ketika anda sibuk seharian

Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna apabila berasa stres. Biasanya setelah selesai melakukan sauna, fikiran akan merasa tenang. Stres dan juga kerisauan juga boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuat fikiran terasa lebih damai.

 

Baca Juga: Khasiat Jus Lemon

 

3. Keluarkan Toksin Dari Tubuh

Peluh yang keluar masa didalam sauna bukannya sia-sia. Seperti yang diketahui pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah yang akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh. Kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.

 

5. Membantu melancarkan aliran darah

Sinaran suhu panasa sauna akan menembusi sehingga 4cm kedalam tubuh dan memansakan tisu dan menyebabkan tindakbalas physiologi pertambahan aliran darah ke saluran darah yang terbuka dan secara tidak langsung melancarkan darah ke ektremiti (hujung kaki dan tangan).

Peningkatan pegaliran darah boleh mengatasi masalah radang seperti radang sendi, mempercepatkan proses penyembuhan.

 

6. Membantu mengurangkan berat badan

Setiap 30 minit di dalam  sauna akan membakar sehingga 600 kalori bersamaan berlari sejauh 8 km. Lemak akan menjadi larut pada suhu yang bersesuai dan dinyah dari badan melalui kulit. Pengunaan sauna yang berterusan, diet yang baik, motivasi yang tinggi dan mungkin bantuan program diet anda untuk miliki tubuh yang cantik.

 

Baca Juga: Berat Badan Turun Dengan Diet Protein

 

Aktiviti mandi peluh atau sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat itu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh. Biarpun begitu, ramai yang tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Semoga anda akan dapat pengetahuan tentang sauna selepas membaca artikel di atas.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE ya!

<< Jom ketahui kesan denggi kepada kesihatan kita di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Bihun Goreng Hainan Seram Sejuk

Next post

Tips Pilih Alas Bedak Yang Tepat Supaya Wajah Nampak Gebu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *