FamiliPermata Hati

7 Panduan Membeli Kereta Sorong Bayi

kereta sorong - women online magazine

Kredit Foto: mediashower

Kereta Sorong. Stroller baby atau kereta sorong bukanlah kelengkapan bayi yang wajib, namun ia sangat berguna untuk membantu menyenangkan terutama kaum ibu.

Kini terdapat banyak jenis kereta sorong yang dijual di pasaran dengan harga, jenis dan bentuk yang ‘canggih-manggih’. Namun, membeli kereta sorong bayi ini bukanlah seperti membeli baju, banyak perkara yang perlu  anda pertimbangkan supaya tidak menyesal nanti.

Pada dua bulan pertama mungkin anda tidak akan memerlukan kereta sorong bayi. Ini adalah kerana  bayi masih terlalu kecil dan ia memerlukan perlindungan ekstra dari ibu bapanya. Berada dalam pelukan ibu bapa adalah lebih selamat dan selesa.

Baca Juga:  Pola Tidur Bayi

Setelah bayi berusia enam bulan barulah anda akan merasakan bahawa anda memerlukan sebuah kereta sorong bayi Ini adalah kerana bayi anda akan semakin berat dan pergerakannya yang semakin ligat. Kereta sorong bayi yang tepat dan bagus akan memberikan kemudahan kepada bayi dan anda terutamanya.

Berikut adalah beberapa manfaat dari kereta sorong bayi atau stroller:

  • Memudahkan ibu bapa.
  • Berjalan-jalan dengan si kecil menggunakan kereta sorong bayi akan menjadi lebih mudah daripada mendukung si kecil.
  •  Menenangkan bayi.
  • Kereta sorong bayi yang lembut dan selesa dapat membantu untuk menenangkan bayi.
  • Keselamatan.
  • Menggunakan kereta sorong bayi atau stroller seperti menyediakan ruang kecil yang selesa bagi si kecil untuk berjalan-jalan bersama ibu bapa. Kereta sorong bayi biasanya sudah dilengkapi dengan pelindung sinar matahari (sunshade).
  • Membawa barang keperluan bayi.Kereta sorong bayi atau stroller biasanya juga dilengkapi dengan beberapa poket atau rak kecil untuk membawa beberapa keperluan bayi yang penting, seperti lampin atau pampers, pakaian ekstra, makanan ringan, botol susu dan air minuman.

 

Panduan Membeli Kereta Sorong Bayi

1. Untuk apa dan di manakah kereta sorong bayi itu akan digunakan?

Adakah anda akan menggunakannya ketika membeli belah di pasar raya atau ketika berjoging? Adakah anda akan sentiasa keluar bersiar-siar dan membawa kereta sorong bayi? Ketahui tempat dan jenis permukaan jalan anda akan kerap kunjungi menggunakan kereta sorong bayi itu.

Anda juga perlu mengambil kira saiz dan berat kereta sorong bayi itu dan adakah ia mudah di bawa naik dan turun dari kereta atau pengangkutan awam? Jika anda gemar melancong, apakah jenis kereta sorong bayi yang sesuai?

Baca Juga: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

2. Berapa kerap anda akan menggunakan kereta sorong bayi itu?

Adakah anda akan menggunakannnya setiap hari atau sekali- sekala sahaja? Jika anda akan menggunakannya selalu dan mahukan jenis yang tahan lama, belilah kereta sorong yang berkualiti.

3. Siapakah yang akan mengendalikan kereta sorong itu?

Adakah anda bersaiz kecil? Adakah suami anda tinggi? Adakah pengasuh atau ibu anda akan kerap mengendalikan kereta sorong bayi itu? Fikirkanlah tentang ketinggian, langkah dan kekuatan orang yang paling kerap mengendalikan kereta sorong  bayi itu. Keselesaan pengendali juga perlu diutamakan.

4. Apakah ciri-ciri yang perlu diambil kira?

Adakah anda mahukan tempat duduk yang boleh dibaringkan sepenuhnya? Ada juga kereta sorong dengan pemegang yang boleh bertukar arah agar anak anda boleh memandang ke hadapan atau belakang. Selain itu, terdapat juga pelbagai aksesori untuk kereta sorong bayi.

Baca Juga:  Perkembangan Bayi Lapan Bulan

5. Berapa luaskah ruang yang anda miliki?

Saiz kenderaan anda juga perlu diambil kira dalam pembelian kereta sorong. Jika anda banyak menggunakan pengangkutan awam, pilihlah rekaan yang padat dan ringan.

6. Berapakah bilangan anak anda dan berapakah usia mereka?

Adakah anda hanya mahukan seorang anak atau anda merancang untuk mempunyai lebih ramai cahaya mata? Anda mungkin perlu membeli dua kereta sorong apabila menambah bilangan anak atau memilih kereta sorong bayi yang mempunyai dua atau tiga tempat duduk.

Baca Juga: Cara Merangsang Minda Anak

7. Adakah anda sudah mempunyai kerusi kereta bayi?

Jika tidak, anda mungkin boleh membeli kereta sorong yang boleh dijadikan kerusi kereta bayi. Jadikan ia dua dalam satu.

Jenis-Jenis Kereta Sorong Bayi

  • Conventional strollers

Kereta sorong bayi konvensional terdiri dari berbagai macam tempat duduk dan ukuran serta bingkai aluminium ringan. Kereta sorong bayi konvensional muncul dengan dilengkapi berbagai kemudahan, seperti kerusi ‘reclining’, kanopi, mudah dilipat, dan banyak lagi.

  • Umbrella stroller

Jenis umbrella strollers adalah tempat duduknya yang paling ringan, biasanya kurang dari 12 lbs. Kereta sorong bayi jenis ini juga merupakan yang paling standard. Umbrella stroller ini jarang yang berbaring dan tidak memiliki struktur tambahan, misalnya rak dan tempat penyimpanan. Salah satu keistimewaan kereta sorong ini adalah ukurannya yang kecil mudah dari segi penyimpanan.

Selain itu harganya adalah yang paling murah. Kereta sorong bayi jenis ini sesuai bagi bayi yang sudah boleh duduk sendiri, biasanya bayi berusia 6 bulan atau lebih.

  • Travel system strollers

Boleh dikatakan kereta sorong bayi jenis travel system merupakan gabungan antara kereta sorong dan kerusi kereta. Jika ia dipakai untuk bayi yang baru lahir, menggunakannya sebagai kerusi kereta, jika bayi anda sudah boleh duduk, anda boleh menukarnya sebagai kereta sorong bayi.

  • Modular or Multi-Component Strollers

Kereta sorong bayi modular atau multi komponen ini adalah jenis baru di pasaran. Kereta sorong bayi multi komponen ini merupakan sebuah kereta sorong bayi yang paling fleksibel. Misalnya kerusi boleh ditukarkan, kerusi yang dapat menghadap ke depan atau belakang, serta banyak pilihan lain.

  • Activity Strollers

Activity stroller  digunakan sebagai  jogging stroller dan all-terrain strollers atau kereta sorong bayi untuk semua bidang.

Baca Juga: 5 Cara Mendidik Anak Yang Nakal

  • Double Strollers

Kereta sorong bayi kembar ini membolehkan anak anda duduk bersebelahan (side-by-side) ataupun depan belakang (tandem).  Kereta sorong bayi jenis side-by-side sesuai bagi bayi yang mempunyai berat badan yang sama. Tetapi jenis ini mungkin sukar dikendali apabila sering keluar masuk pintu. Terdapat juga kereta sorong bayi yang muat tiga atau empat anak, tetapi kereta sorong jenis ini sukar untuk ditemui dan harganya lebih mahal.

Kesimpulan

Semoga tips yang dikongsikan oleh WOM.my dapat membantu anda dan suami. Selain itu, ketika memilih kereta sorang tersebut anda juga disarankan untuk meminta nasihat jurujual terbabit. Dengan bertanya dan mendapat informasi tambahan ia akan dapat mempermudahkan proses pemilihan tersebut.

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara memilih baju menyusu yang sesuai dan selesa buat anda dan bayi di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

3 Khasiat Telur Masin Buatan Sendiri

Next post

5 Trik Dekorasi Dapur Sempit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *