FamiliPermata Hati

Tak Nak Merokok! Kesan Rokok Elektronik Atau Vapor Memang Menggerunkan

tak nak merokok - women online magazine

Kredit Foto: holyrood

Tak Nak Merokok.Cuba katakan, “Tak Nak Merokok”. Tapi, adalah lebih baik jika anda langsung tidak menghisapnya! 

Sebatang rokok punya banyak bahan kimia beracun yang boleh memendekkan usia anda. Tak kira sama ada anda menghisap rokok tembakau ataupun rokok elektronik. Ia tetap tidak bermanfaat untuk kesihatan.

Penggunaan rokok elektronik, e-rokok (vapor)  atau e-cigarettes di tanah air semakin hari semakin popular dan meluas. Maklumlah, anda boleh memilih pelbagai perasa yang diingini seperti Strawberry Hot, Dunhill, Red Bull Hot, Apple, Mocha, Oren dan sebagainya.

Produk yang dianggap sebagai pengganti rokok tembakau ini terus dinikmati oleh semua golongan. Baik yang tua, muda, remaja, lelaki ataupun wanita. Apa yang lebih membimbangkan tiada had umur yang dikenakan untuk membelinya. Malahan, pelajar-pelajar juga menjadi bebas untuk memiliki. Sudah pasti keadaan ini amat membimbangkan dan jika tidak dibendung ia akan menjadi bertambah parah.

Boleh Menjadi Punca Kanser

Mengikut kajian yang dibuat oleh Pentadbiran Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA) ke atas 19 jenis katrij e-rokok , dikesan boleh menyebabkan kanser.

Cuba katakan, “Tak Nak Merokok” walaupun e-rokok dikatakan alternatif buat anda yang ingin berheti merokok. Namun, hakikatnya ia mewujudkan ketagihan nikotin dan ia sebenarnya lebih berbahaya dibandingkan rokok biasa.

Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Amerika Syarikat (CDC), peningkatan jumlah pesakit yang keracunan setelah menghisap rokok elektronik dan nikotin cair terus meningkat.

Apa yang cukup membimbangkan, lebih separuh daripada aduan melalui telefon turut melibatkan kanak-kanak berusia kurang dari lima tahun, 42 peratus pada mereka berusia 20 tahun. Mereka mengalami keracunan setelah menghisap nikotin cair atau diserap melalui kulit.

Baca Juga: Tanda-Tanda Kanser Payudara

Tetap Berbahaya

Nikotin cair dijual untuk isian semula rokok elektronik. Tenaga bateri pada rokok tersebut akan menghantar nikotin, aroma tertentu dan zat-zat kimia lainnya. Disebabkan tingginya tahap nikotin cair tersebut, maka sedikit sahaja cairan yang terhirup atau diserap kulit yang boleh meninggalkan kesan sampingan mematikan, terutama pada anak-anak. Jadi, cuba “Katakan Tak Nak Merokok!”

Walaupun ia dibakar secara elektronik, nikotin dalam rokok elektronik juga akan menimbulkan asap seperti rokok konvensional. Cuba katakan “Tak Nak Merokok”, kerana tinggi atau rendahnya kadar nikotin dalam rokok tetap sahaja berbahaya. Ia tetap menjadi racun bagi kesihatan manusia.

Baca Juga: Tips Berhenti Merokok

Kaum wanita didapati lebih mudah terdedah kepada penyakit kanser berbanding lelaki,biarpun tempoh menghisap rokoknya lebih pendek daripada lelaki.

Sebenarnya masih belum terlambat untuk anda berhenti merokok. Masih ada waktu, kesihatan anda adalah hadiah terindah untuk orang-orang yang menyayangi anda.

Nota Kaki: SHARE artikel ini supaya kawan-kawan anda tahu tentang bahaya rokok elektronik atau vapor ini.

<< Baca tentang bahaya dan kesan merokok buat wanita di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jenis-Jenis Kasut Flat Paling Selesa!

Next post

Cara Betul Merawat Rambut Bercabang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *