FamiliPermata Hati

Punca Bayi Tersedak Susu

bahaya bayi tersedak susu - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Bayi Tersedak Susu. Jangan pandang enteng dengan situasi ini, bahaya jika berlaku sindrom bayi tersedak susu.

Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran feeding/ memakan yang masih terhad. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.

Mungkin ibu yang berusia muda kurang pengetahuan tentang teknik penyusuan anak yang betul. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari doktor atau pakar sakit puan. Teknik penyusuan yang betul akan mengurangkan kesakitan pada buah dada.

 

Jom kita selidik apakah bahaya bila bayi tersedak, adakah membawa maut? Ketahui juga apakah penyebab bayi tersedak ketika menghisap susu.

1) Bahaya bagi bayi pra matang

  • Ini kerana bayi yang masih kecil mempunyai saraf yang belum matang terutamanya bagi bayi yang lahir tidak cukup badan. Pengamal perubatan perlu berhati-hati dengan bayi pra matang di bawah 34 minggu terutama apabila menyusu menggunakan botol atau susu badan.
  • Perkara sebegini agak rumit untuk difahami buat setiap ibu bapa. Tanpa berfikiran negatif, 90% bayi yang dilahirkan tiada masalah serta secara automatik pandai menyusu.

 

Baca Juga: Penyebab Anak Menangis Malam

 

2) Faktor gangguan semasa menyusu

  • Faktor yang boleh menyebabkan penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala selsema atau tidak sihat. Kebanyakan kes tersedak susu berikutan bayi mengalami masalah ini.
  • Ketika menyusu ada sedikit kahak yang masuk atau susu tiba-tiba terlampau, contohnya susui badan bagi ibu dan bayi yang pertama kali menyusu badan. Akibat tekanannya laju, bayi boleh tersedak.

 

3) Periksa Lubang Puting

  • Lazimnya nasihat doktor kepada ibu yang anaknya kerap tersedak ialah memerah sedikit susu dari payudara bagi mengurangkan tekanannya ketika bayi menyusu atau periksa putting botol susu untuk memastikan lubangnya tidak terlalu besar.
  • Mungkin bayi anda mengigit puting botol sehingga menjadi besar. Jika bayi masih lagi tersedak, jumpa doktor untuk memastikan sistem pernafasannya berjalan lancar atau tidak.

 

4) Jangan Panik Ketika Bayi  Anda Tersedak

  • Ini kerana ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udara dan bayinya tidak bernafas. Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat pada permulaan. Apa yang perlu dilakukan ialah dukung bayi dan tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik ini akan membantu anda.
  • Berkemungkinan susu juga boleh masuk ke paru-paru sehingga terganggu sistem pernafasan terganggu. Jika ini yang berlaku anda perlu berikan bantuan CPR iaitu pernafasan mulut ke mulut.

 

Baca Juga: Cara Terbaik Keluarkan Kahak Bayi

 

5) Berjaga-jaga bila menghantar anak ke pusat jagaan

  • Maklumlah ibu bapa perlu bekerja untuk menyara anak-anak dan terpaksa meninggalkan bayi di pusat jagaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan. Disarankan anda pantau, selidik dan bertanya perihal pusat jagaan tersebut.
  • Carilah pusat jagaan yang berdaftar dan pilih yaang anak jagaannya tidak ramai supaya mereka dapat memberikan lebih perhatian kepada bayi anda.

 

SHARE artikel ini ya.

<< Jom ketahui cara atasi anak malas belajar di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Makanan Serat Tinggi Terbaik Jika Mahu Berdiet

Next post

5 Tips Mudah Bermain Warna Ketika Bermekap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *