FamiliPermata Hati

4 Punca Air Ketuban Kurang

air ketuban kurang - women online magazine

Kredit Foto: kaysepratt

Air Ketuban Kurang. Air ketuban adalah cecair yang paling penting untuk bayi sepanjang dalam kandungan.

Cecair ini berasal daripada rembesan kulit dan air kencing bayi yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan ibu.Antara sifat air ketuban ialah tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau sebagaimana air kencing.

Masalah air ketuban kurang ini kerap dialami terutama bagi ibu yang melahirkan anak sulung. Selalunya masalah air ketuban ini jarang berlaku pada kehamilan akan datang. Walaubagaimanapun, ia mungkin dianggap perkara biasa justeru tidak ramai mengetahui pentingnya air ketuban serta risiko yang dialami sekiranya kekurangan air ketuban.

 

Fungsi Air Ketuban

Fungsi air ketuban sangat penting. Antaranya ialah membantu menyerap kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim. Selain itu,ia juga berperanan sebagai menstabilkan suhu persekitarannya dan bertindak sebagai lapisan pelindungan daripada sebarang jangkitan kuman dari luar. Di samping itu, ia turut memberikan ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuhnya.

 

Masalah Air Ketuban Kurang

Kekurangan air ketuban dipanggil ‘oligohidramnios’. Kadar normal air ketuban ialah dari bacaan 0.5- 2.5 liter. Air ketuban kurang biasanya merujuk kepada masalah buah pinggang bayi atau tekanan darah tinggi ibu, manakala air ketuban lebih pula biasanya disebabkan oleh masalah diabetis ibu.

 

Masalah air ketuban kurang ini mempunyai beberapa punca. Antaranya adalah:

1. Koyakan pada dinding air ketuban

Koyakan kecil pada dinding air ketuban menyebabkan air ketuban keluar. Koyakan ini meningkatkan risiko jangkitan pada ibu dan bayi kerana koyakan ini memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke kawasan air ketuban. Kadangkala,kebocoran selaput ketuban mengakibatkan lelehan air ketuban secara berterusan sedikit demi sedikit, boleh berlaku tanpa disedari dan disangka lelehan lendir faraj.

 

2. Masalah Placenta

Masalah pada placenta akan menyebabkan bekalan darah dan nutrien berkurangan pada bayi anda. Sekaligus menyebabkan bayi berhenti mengitar semula cecair yang dijadikan air ketuban.

 

3Masalah Kesihatan Ibu Dan Bayi

Masalah kesihatan ibu seperti buah pinggang serta paru-paru janin menimbulkan masalah air ketuban yang kurang Kelainan kromosom janin juga boleh menyebabkan kurang penghasilan air ketuban ini.

 

4. Mengandung Kembar Dua Atau Lebih

Masalah air ketuban kurang mempunyai risiko yang tinggi sekiranya si ibu mengandung kembar dua atau lebih. Keadaan ini berlaku kerana sindrom peralihan cecair kembar kepada kembar yang lain. Air ketuban yang kurang dibentuk oleh seorang kembar,manakala seorang lagi kembar akan membentuk ar ketuban yang banyak.

 

Risiko Kekurangan Air Ketuban (Oligohydramnios)

  • Tali pusat terhimpit dan berkemungkinan janin lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada ibu kepadanya.
  • Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal.
  • Kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlalu seperti kesukaran pernafasan dan pendarahan otak
  • Kematian bayi sebelum dilahir (mati dalam kandungan).

 

Risiko Air Ketuban Terlalu Banyak(Polihidramnios)

  • Kedudukan bayi songsang seperti kepala ke bawah.
  • Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya adalah kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di trimester akhir kehamilan.
  • Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.
  • Risiko melahirkan bayi secara caesarean(pembedahan) adalah tinggi disebabkan kedudukan bayi yang songsang.

 

Baca Juga: Bersalin Dalam Air

 

Kesimpulan

Sekiranya anda mengalami komplikasi yang teruk,dapatkan bantuan doktor dengan segera bagi mengelakkan kandungan anda terjejas.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara mencegah bayi demam kuning di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Dengan Cepat

Next post

Wajib Tahu! 13 Kebaikan Lemon

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *